PEJUANG NEGARA KORANG SIALKAN, PENJILAT BRITISH KORANG SANJUNG. APA KES?
Walau dah lambat sesangat, hamba tetap mahu ucapkan Takaballah huminna wa minka kepada seluruh umat Islam yang membaca blog hamba yang secupit ini. Lama sungguh hamba tidak berblog. Bukannya apa, cuma kesibukan beraya dan tidak kecapaian broadband untuk dibayar bilnya menjadikan hamba tidak dapat melayari alam maya yang penuh keterbukaan ini.
Namun, oleh kerana hari ini, hamba tiada kerja di tempat kerja, kerana elektrik di tempat kerja hamba sudah kong, sebab TNB punya tranformer sudah meletup, maka hamba pun buatlah kerja 'sampingan' hamba ini, bergejuis. Nasib baik komputer hamba di 'back up' oleh gen set.
Apa yang hamba hendak ceritakan disini bukannya cerita apa pun, cumanya, hamba kasihan melihat orang Melayu yang tidak faham-faham akan sejarah Tanah Melayu. Dimerdekakan oleh siapa sebenarnya. Lebih-lebih lagi cerita sensasi Bukit Kepong sekarang. Tak habis-habis umno menghentam mat Sabu. Tetapi yang pelik, Mat Indera tidak pula di hentamnya.
Hendak tahu kenapa orang Melayu blur dengan sejarah Bukit Kepong? Semuanya, disebabkan cerita Jins Samsudin, filem Bukit Kepong. Apa yang orang terbayangkan, adalah cerita Bukit Kepong yang difilemkan kembali oleh orang kuat umno, Jins Samsudin. Bukannya melalui fakta sejarah dan buku-buku ilmiah sirah cerita Bukit Kepong yang sebenar.
Hendak senang cerita ginilah, semenjak bila penjajah British kata pasukan bersenjata yang memusnahkan tempat-tempat strategik British di Tanah Melayu ini komunis? Melalui hansard Parlimen British adalah pada tahun 1952. Sebelum itu, pihak British memanggil mereka sebagai 'Bandits'.
Peristiwa Bukit Kepong terjadi bila? Pada tahun 1950. Malaya merdeka bila? Pada tahun 1957. Polis Melayu yang menjadi polis ketika itu adalah siapa? Sudah semestinya bukannya Polis DiRaja Malaya, tetapi Polis British dibawah naungan Kerajaan British. Jika pejuang kemerdekaan yang hendak merdekakan Tanah Melayu melalui senjata, kepada siapa yang patut mereka musnahkan. Sudah semestinya polis British. Yang orang Melayu mengada-ngada sangat hendak jadi polis tali barut penjajah tu kenapa? Sebab hendak dapat gaji?
Jika sebabkan hendak dapat masyuuk, memang kasihanlah orang Melayu yang jadi polis di Bukit Kepong dahulu. Sudah anda semua menjadi tali barut penjajah. Serupa jugalah yang berlaku di Afghanistan sekarang. Pihak Taliban yang mahu membebaskan Afghanistan dari puak Amerika terpaksa membunuh polis Afghanistan yang terang-terang menjadi tali barut Amerika. Jika itu, adakah kita akan menganggapTaliban itu pejuang pembebasan Afghanistan atau teroris?
Jadi persoalan yang timbul samada Mat Indera itu komunis atau bukan, itu soal yang membodohkan umat Melayu sendiri. Kerana yang jelas, Mat Indera angkat senjata kerana mahu memerdekakan Tanah Melayu. Adik dia kata beliau bukan komunis. British kata beliau komunis. Mana satu yang kome hendak percaya? Adik Mat Indera atau puak British yang telah menyeksa ayah Mat Indera, nenek Mat Indera dan saudara-saudara Mat Indera yang terdekat selama 5 tahun?
Pejuang yang sanggup mati untuk memerdekakan negara korang sialkan, tetapi penjilat bontot British korang sanjungkan. Bodoh apa Melayu jenis begini?

Ulasan
Mcm umno kerjasama dgn mca le. Tidak akan boleh dan imposible kalau org kata org umno itu adalah mca. Sebab mca, mca, umno, umnolah....