NAK CERITA SIKIT KERJA HAMBA SEHARIAN..

Sibuk. Bulan ini, hamba sibuk dengan kerja. Ada projek baru masuk. Berkaitan produk oil and gas. Minggu depan, Shell mahu datang ke bengkel tempat kerja hamba. Memang sibuk. Namun, sibuk macam manapun, hamba tetap kerja makan gaji. 11 tahun bekerja, baru dapat menikmati 3 kali bonus. Sekali bonus sebulan gaji, dua kali 1/2 bulan gaji. Hampas.

Namun, disebabkan minat tidak terhingga dengan kerjaya hamba ini, maka masih kekal bersama syarikat ini. Bidang faundri. Ada kome semua pernah dengar dengan bidang kerjaya faundri ini? Tidak banyak syarikat Melayu yang berkecimpung dengan bidang ini. 90% milik Cina. Dan oleh kerana ianya dimonopoli Cina, maka supplier untuk bahan mentah dan kegunaan kerja faundri juga adalah bangsa Cina. Maka hamba banyak berurusan dengan orang Cina.

Kerja faundri adalah kerja yang berat, kotor dan tidak glamour. Sesiapa yang suka berpakaian kemas, duduk dalam air-cond memanjang, ketip-ketip jari dengan keyboard, tolong jangan mengada-ngada masuk dalam bidang faundri ini. Anda akan kecewa nanti.

Bidang faundri adalah satu bidang industri berat. Ia melibatkan pembangunan produk asas keluli dan besi. Steel dan iron. Ianya berurusan dengan rekabentuk produk kasting, pembuatan pencorak kayu, pembuatan acuan pasir dan proses peleburan serta proses penyudahan produk. Kerjanya terlalu subjektif. Walau anda semua bekerja selama 30 tahun dengan faundri, anda tidak boleh menjadi pakar didalam bidang ini.

Hendak tahu mengapa? Jika hendak jawapannya, silalah bekerja bersama didalam bidang faundri.

Apa-apa komponen yang berbahankan steel dan iron, samada dari bahagian automatif, kapal, kapal korek, paip, bahagian pelantar minyak dan apa-apa bahagian yang memerlukan bahagian dikeluarkan didalam 'berbentuk', maka kerja faundri boleh melakukannya. Seringan-ringan bahan 1kg, ke seberat bahagian 5 ton, tempat bekerja hamba boleh melakukannya.

Kenapa tiba-tiba, hamba bercerita tentang kerjaya hamba?

Sebenarnya hamba hendak kabor kepada mereka-mereka yang setia membaca blog hamba, apakah kerja harian hamba, selain sibuk dengan kerja hal-hal politik di tanah air kita. Baru korang ada feeling.....

Kome semua boleh tengoklah gambar di bawah kerja hamba tetiap hari....



Buat acuan pasir. Ini produk yang saiz sederhana. Ini baru sebelah, ada sebelah lagi dicantum diatas. Berat pasir lebih kurang 7 ton.

Pencairan logam. Tapping dari relau ke ladle. (Iron, 1450 C)



Hero. Dengan takde safetynya. Penuangan logam cair ke dalam acuan pasir. (1400 C)



Mandi bijih besi. Suhu untuk mecairkan besi ini adalah dalam sekitar 1400 Celcius. Sejuk je. Dibanding dengan keluli, 1600 C.



Benda ini hambalah reka bentuknya.... Jika hendak tahulah. (Trimming Die untuk kereta Proton. Jenis apa hamba tidak tahu)



Ulasan

asmade berkata…
salam...dimana saya boleh dptkan pasir utk nk buat acuan....meses asmadeazmi@gmail.com
Tanpa Nama berkata…
Salam, nama saya kholil, saya nk tanya, kerja faundri ni boleh jadikan mata kita rosak tak? Macam mana dengan peluang perkerjaan nya? Bnyk tak? Saya budak lepasan spm, tengah memilih coz ape nk ambik, saya minat jugak coz ni.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?