DERIA KE ENAM, MAHU BELAJAR? MEH BACA.

Hari ini hamba hendak bercerita tentang deria ke enam. Atau dalam bahasa Kampuchea, 'the six sense'. Satu deria yang sebenarnya ada pada setiap manusia, tetapi tidak digunakan kerana manusia terlalu taksub dengan keyakinan akal yang tidak seberapa.

Winston Churchill memang suka memelihara deria ke enamnya. Dan untuk memiliki deria ke enam ini mempunyai cara dan tekniknya tersendiri.

Deria utama manusia, dikatakan oleh ahli saintis ada 5, iaitu deria bau, rasa, lihat, dengar dan hidu. Tidak ada dalam ruang lingkup ilmu sains yang bercerita tentang deria ke enam.

Mari hamba bercerita sedikit, tentang pengalaman hamba dengan deria ke enam ini.

Pada malam 8 Julai, 2011, iaitu esoknya ada demo Bersih 2.0, hamba sudah bercadang pada sebelah petangnya untuk ke KL bersama rakan pada malam itu. Rakan dari Syah Alam ada mempelawa hamba untuk duduk di hotel murah yang telah ditempah beliau.

Namun semasa menunggu waktu Maghrib, hamba berasa sungguh tidak sedap hati untuk ke sana malam itu. Maksud tidak sedap hati itu bukannya perasaan takut. Kerana, hamba tiap kali untuk pergi ke demo, memang sentiasa takut. Jika ada orang yang mengatakan sehari sebelum ke demo besar-besaran, tidak ada perasaan takut, orang itu menipu. Hamba memang takut setiap kali jika hendak pergi ke demo.

Perasaan gundah gelana itu tidak terpadam walau selepas solat Maghrib. Hamba tanya isteri tentang perasaan hamba ketika itu. Isteri menjawab, ikutkan sahaja gerak hati hamba.

Maka hamba mengambil keputusan 'melayan' perasaan tidak sedap hati itu. Hamba tangguhkan untuk ke demo Bersih 2.0 pada esok hari. Bagaimana hendak ke sana, itu fikir esok.

Setelah hamba tertidur selepas Maghrib, pada jam 11 malam, isteri hamba mengejutkan hamba. Beliau pening-pening teruk sehingga muntah-muntah. Hamba menggelabah seketika. Beri dia ubat habatus sawda dan ubat minyak cap kapak disapu di kepala. Setelah muntah-muntahnya reda, hamba menyuruh isteri hamba berehat dan tidur.

Setelah membelai isteri tidur, hamba ke tandas untuk mengambil wudhu' untuk solat Isya'. Semasa dalam tandas, tiba-tiba anak kecil hamba menangis hendakkan susu badan isteri. Hamba keluar, dan melihat isteri hamba dalam keadaan peningnya terus mengambil anak kecilnya dan memberikan susu.

Pernah tidak anda semua melihat, seorang ibu muntah teruk sambil menyusukan anaknya, hamba pernah. Isteri hamba mengalaminya malam itu. Nasib baik hamba sediakan bekas untuk muntah kepada isteri. Jika tidak, habis tilam dipenuhi muntah. Kemudian, hamba mengambil keputusan, membuatkan susu botol untuk anak kecil hamba, dan menyuruh isteri hamba rehat dan tidur, jangan fikirkan apa-apa, biar hamba yang uruskan anak-anak.

Ketika melihat isteri hamba merehatkan diri, dalam keadaan yang teruk peningnya, sambil hamba memegang botol susu menyusukan anak kecil, hamba terbayang, apa akan berlaku kepada isteri hamba jika hamba mengambil keputusan untuk pergi ke KL malam itu. Hamba betul-betul bersyukur kerana hamba telah 'membenarkan' deria ke enam hamba untuk diterima oleh akal tanpa lojik.

Deria ke enam adalah satu elemen yang perlu dipelajari dari pengalaman. Dan proses yang paling utama ada 2. Satu, kita perlu ajar akal kita supaya menerima perasaan yang pada dasarnya tidak lojik. Akal perlu menerima perasaan agar perasaan itu dianggap oleh akal sebagai salah satu deria yang 5. Keduanya, sentiasa mengingatkan akal tentang peristiwa yang telah membenarkan firasat perasaan ke enam. Jangan sesekali sifat lupa dimainkan dalam akal. Lupa, adalah musuh utama deria ke enam.

Oleh itu, diharap, anda semua pun belajar-belajarlah menerima deria ke enam sebagai sebahagian penting deria yang 5, yang sudah sedia ada itu.....

Ulasan

RIZZNA berkata…
saya percaya dgn kewujudan deria ke-6 kerana anak saya boleh melihat dgn matanya tertutup selepas otak tengahnya diaktifkan

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/10/otak-manusia-ciptaan-ajaib-allah-swt.html
Unknown berkata…
mecam mn nk aktifkan deria keenam itu?? mesej no 01124360475.. tq

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?