TUDUH MAAHAD AJAR CARA DEMO; KAH! KAH! KAH! UTUSAN BUAT LAWAK LAGI..

Hamba baru balik dari Agensi Nuklear Malaysia petang tadi. Jam 6.00, baru sampai pejabat. Ke Agensi Nuklear adalah kerana urusan pejabat. Berkaitan apa, tidak boleh beri tahu, nanti orang tuduh kita JI pula. Naya. Balik rumah terus buka internet. Baca bermacam-macam cerita yang cap ayam dan cap kambing.

Hamba tidak berkenan bercerita tentang cerita cap ayam. Seperti Ibrahim Ali yang perangai takbur lagi riak seperti Abu Jahal berbangga dengan dosa kering dia, itu bukan cerita, yang menjadi cerita adalah apabila beliau berkata beliau bersetuju dan menyokong 100% Tok Guru Nik Aziz. Yang itu memang pelik.

Apa yang hamba hendak cerita adalah cerita berkenaan ini (Pelajar diajar baiah, demonstrasi) di utusan malaysia yang memang sah cap ayam dan musuh utama Islam. Cara cerita seperti memang benar mahu mengaitkan semua Maahad sebagai tapak untuk mengajar pemuda menjadi pengganas. Tetapi apabila membaca isian didalamnya, macam baca cerita kartun Doraemon.

Kalau ye pun puak utusan malaysia yang akal tapak kaki ini hendak membuat fitnah terhadap institusi pendidikan Islam, buatlah cara profesional sedikit, ini tidak, macam cap ayam. Jika ya pun hendak menghasut kerajaan agar ambil tindakan terhadap sekolah Maahad, buatlah cerita sensasi sedikit. Katalah mereka belajar cara buat bom ke, cara menculik pelancong asing ke, cara meletupkan diri ke, ini tidak, utusan tuduh mereka ini belajar cara demonstrasi. Apa punya tuut lah utusan ini. Monyet lagi pandai.

Bukan takat tuduh murid-murid itu belajar cara demonstrasi, cara belajarnya pun macam cap ayam. Takat baling botol. Apa punya kes ini? Kot ye pun hendak menipu, buat tipu sungguh-sungguhlah. Ini tidak, usaha sekerat-sekerat. Patutlah ramai tidak mahu baca utusan. Buat apalah mereka belajar demonstrasi sambil baling botol, belajarlah demonstrasi sambil bakar kereta ke, bakar kedai ke, baling molokov cocktail ke, paling koman pun, belajar baling mercun thunderclap, barulah kelas. Barulah polis boleh buat 'rush' pada Maahad itu.

Hendak tergelak pun ada cara laporan utusan itu ditulis. Takat mengajar benci kerajaan, tidak payahlah pergi ke Maahad itu, baca blog hamba pun boleh. Lagi senang. Tetapi kena ingat, bukan benci kerajaan, tetapi benci kerajaan bn umno. Itu kena faham. Apa-apa pun, nampak sangat utusan tidak dengar nasihat APCO. Buat pakai 'dan' dia je. Ustaz-ustaz mengajar cara demonstrasi, kah! kah! kah!, utusan buat lawak lagi.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?