GOLONGAN JURUTERA HENDAKKAN AGAMAWAN MEMIMPIN PAS?

Apa pendapat rakyat tetang PAS?
Baru buka internet. Semalam, seharian hamba tidak bergejuis. Malas. Hamba sekarang berada di KL, rumah ibu ayah hamba. Kiranya balik kampunglah. Hamba cuti seminggu minggu ini sempena merai cuti sekolah. Tengah hari insyAllah akan makan nasi Arab di Greenwood. Sudah berjanji untuk ke sana dengan mak ayah. Dapat pula SMS dari Aku Budak Balun, ada kenduri Walimah adik dia di Tanjung Malim. Entah sempat atau tidak ke sana. Jika tak sempat, maaf kawan seperjuangan. Jika enta kahwin lagi, insyaAllah hamba akan ke kenduri nikahnya,.. he, he..

Abang hamba, apabila melihat hamba, malam Jumaat lepas, terus dia bertanya, "Apa cerita Tuan Ibrahim kalah ini?", nada dia agak marah. Hamba terkejut. Tanya hamba balik kepada abalong, "Kenapa?". Inginkan kepastian mengapa abang hamba tidak seronok dengan kekalahan Tuan Ibrahim.

"Ye lah, semuanya korporat yang menang, seorang ulama pun tidak ada yang menang. Mat Sabu hentam umno bolehlah, hendak memimpin, boleh ke?" jawab abang hamba, tegas.

Hamba tidak menjawab atau menambah apa-apa dari jawapan dan pertanyaan abalong. Hamba senyap, agak lama, kemudian bertanya, "Apa pendapat kawan-kawan along dekat ofis, ok ke Mat Sabu menang?".

"Pening, semua orang pening." jawab abang hamba ringkas.



Jawapan abang hamba itu mengejutkan sedikit hamba. Ini kerana, abang hamba bukanlah seorang ustaz, beliau adalah seorang jurutera, pengkhususan signaling keretapi laju. Sekarang berjawatan Manager untuk sebuah syarikat yang sedang menaik tarafkan signaling LRT di KL Central. Kawan-kawannya semuanya jurutera dan profesional. Dan beliau juga adalah penyokong PAS.

Maka dari situ, terdapat sedikit gambaran bahawa mereka-mereka yang menyokong PAS diluar dari kotak ahli jemaah, adalah mereka masih beranggapan PAS perlu ditadbir oleh golongan-golongan agamawan. Itu dari sudut perspektif mikro golongan profesional jurutera dalam lingkungan 30-an 40-an. Mungkin kerana itu jugalah terhasilnya kemenangan majoriti golongan agamawan dalam Pemuda PAS. Itu hamba tidak pasti.

Cumanya, yang pasti, kita sebagai ahli PAS mesti pandai menangani permasalahan kecil ini. Iaitu perspektif orang luar terhadap kita. Selama ini, hamba beranggapan perspektif yang dikatakan oleh Prof Aziz Bari adalah perkara yang benar. Beranggapan orang luar disana tidak berapa minat dengan golongan-golongan serban memimpin PAS, tetapi apabila ketiga-tiga Naib Presiden adalah ahli yang tidak berjubah, maka suara yang tidak puas hati yang datangnya dari kawan-kawan hamba dari golongan profesional terutamanya jurutera, bergema. Ini adalah kebenaran dan bukan dibuat-buat.

Untuk menangani kerisauan abang hamba itu, hamba membuat pilihan untuk membeli Harakah keluaran Jumaat semalam, beri kepada along dan biarlah beliau membuat tafsiran sendiri, apakah yang sebenarnya berlaku didalam PAS.

Harap along dapat memahami bahawa PAS bukanlah seperti umno. Keputusan PAS adalah bersandarkan kepada keputusan jemaah dan dipantau oleh Majlis Syura. PAS adalah sebuah gerakan Islam,bukannya parti politik. Istilah ulama dan profesional sebenarnya tidak terlintas langsung dalam jiwa setiap ahli PAS yang aktif bekerja. Mungkin yang tidur itu, hamba tidak tahu.

Mat Sabu adalah seorang yang paling lantang dahulu yang inginkan PAS dipimpin ulama. Dan sehingga sekarang beliau masih lagi utuh dengan pendiriannya. Mungkin kerana itu, beliau mahukan sangat jawatan Timbalan Presiden untuk mengukuhkan kembali institusi ulama dalam PAS untuk kepentingan masa panjang jemaah PAS. Isu Syiah, itu adalah isu lama, beliau kini insyaAllah adalah pengamal Ahlul Sunnah wal Jamaah yang kuat lagi utuh. Jika ya beliau seorang Syiah, masakan Majlis Syura akan membiarkan Mat Sabu bertanding jawatan nombor dua.

Maka di sini, diharap, ahli-ahli PAS keluar bersama dengan rakyat, yang mempunyai berbagai-bagai golongan, untuk melihat perkara sebenar apa yang orang luar hendakkan daripada PAS. Rajinkan bertanya, "Apa pendapat kawan tentang PAS?", "Kawan hendakkan apa dari PAS?", "Korang semua hendak undi PAS ke masa PRU nanti, jika tak mahu, kenapa?". Tanyalah mereka-mereka yang diatas pagar ini. Ianya banyak membantu kerja dakwah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?