BANTAH PELEPASAN KUOTA BUMI; HAMBA SETUJU DGN PEMUDA SELANGOR.

Alhamdulillah, isu yang sudah lama tidak timbul kembali timbul. Apa pula isu yang tidak-tidak timbul itu? Ianya adalah berkaitan isu pelepasan kuota bumiputra bagi penjualan rumah di negeri Selangor awal Mac dahulu. Apabila terbaca cerita ini (Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera) di TranungKite, maka hati berasa agak lega kerana ianya berkaitan isu rakyat Melayu.



Hamba bersetuju penuh dengan desakan Pemuda PAS Selangor kerana ianya berkaitan ketidak adilan kepada rakyat Melayu. Cadangan pelepasan kuota iniperlulah dikaji dan digubal semula agar rakyat Melayu tidak ditipu oleh gerombolan pemaju yang berpegang kepada semangat kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memperdulikan tentang keadilan.

Hamba ada menulis artikel pada 11 Mac dahulu berkaitan dengan isu ini. Jika rajin, silalah baca di sini;

PELEPASAN KUOTA BUMIPUTRA: KERAJAAN SELANGOR PUN CAP AYAM

Hamba adalah ahli PAS yang tidak bersetuju langsung dengan mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mekanisme yang diumumkan itu mempunyai banyak keburukan kepada Bumiputra, satunya, ianya jelas menjejaskan milikan hartanah kepada Bumiputra, khususnya orang Melayu. Ini kerana, mekanisme permulaan penghapusan 20% milikan Bumiputra setelah 50% tahap kemajuan projek adalah amat tidak elok untuk dilaksanakan. Masalah akan timbul kerana tahap kemajuan projek adalah satu proses yang subjektif dan boleh dimanupulasi nilai angkanya oleh pihak pemaju.

Kemungkinan kemajuan projek yang sebenar baru melepasi 20% tetapi pihak pemaju pula mengatakan sudah melepasi 50% membuat permohonan untuk pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra. Adakah pihak kerajaan Selangor mempunyai mekanisme menyiasat dan melaporkan bahawa memang benar kemajuan projek itu betul-betul 50% atau hanya satu penipuan dalam selama 7 hari bekerja?

Jika pihak kerajaan negeri tidak menjawab selama 7 hari dari tarikh permohonan, maka adakah pihak pemaju akan dapat merampas hak milikan Bumiputra dengan menipu?

Tahap kemajuan 50%, 75% dan 100%, semuanya perkara yang subjektif. Mengapa tidak dibuat selepas projek itu telah siap 100% dan telah memliki CF, kemudian barulah dibuat permohonan melepasi kuota Bumiputra mengikut tahun ke tahun atau bulan ke bulan.

Misal kata 6 bulan selepas CF, boleh buat permohonan untuk 20% milikan Bumiputra. Selepas 1 tahun, lagi 30% milikan bumiputra dan seterusnya? Jika betullah pihak Kerajaan Negeri beriya-iya sangat hendak membantu pihak pemaju dari kerugian.

Keduanya, mengapa pihak kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat langsung tidak mendapatkan pendapat dari pihak parti politik yang memegang pemerintahan di negeri Selangor?

Mengapa cawangan-cawangan PAS, Kawasan-Kawasan PAS, tidak diberitahu tentang perkara ini dari mula hingga akhir? Mengapa ianya seperti digelapkan oleh Kerajaan Negeri?

Keperluan untuk dibincangkan bersama PAS adalah penting kerana keputusan untuk mengubah dasar milikan hartanah untuk Bumiputra ini melibatkan keputusan yang penting kerana ianya melibatkan kepentingan orang Melayu. Mahu tidak mahu, PAS adalah didalam komponen PR yang dilihat lebih dekat dengan kepentingan Melayu. Segala keputusan berkenaan perkara ini akan melibatkan halatuju politik PAS pada pilihanraya nanti.

Hamba melihat keputusan ini hanya menguntungkan pihak pemaju yang sudah pun kaya raya, namun hendak menambahkan kekayaan dengan merampas hak kaum Melayu. Adakah pihak PR akan terus-terusan mentadbir Selangor seperti pihak umnoapco mentadbir iaitu seperti mengagung-agungkan semangat kapitalisme?

Dengan ini, hamba sebagai individu, dan juga ahli Parti Islam SeMalaysia, menentang sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan Negeri ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?