BAGAIMANA MAHU SPIN CERITA HARGA GULA SUDAH NAIK.

Hendak kata Najib bijak, memang beliau bijak membutakan mata rakyat terhadap apa yang telah beliau lakukan terhadap negara Malaysia. Selepas menang di Sarawak dengan 'bergaya', maka beliau tanpa segan silu telah menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.90. Harga minyak paling mahal dalam sejarah Malaysia. Setidur-tidur Pak Lah, beliau hanya berani menaikkan sehingga RM2.80 sahaja.

Kemudian dengan selamba, Najib menaikkan lagi harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilo. Katanya, kononnya dengan kenaikan 20 sen sekilo itu akan mengurangkan subsidi kerajaan sebanyak RM166.6 juta. Apa yang hamba nampak, duit itu akan digunakan untuk kantong umno pada PRU13 nanti.

Dan kepandaian spin si Najib ini terserlah, apabila 2 berita menyeksakan rakyat itu ditenggelamkan oleh 2 cerita kononnya si Najib seorang yang baik kerana sanggup 'berborak' dengan seorang adik yang mengidap kanser ditaja oleh al-ustaz Kamalanathan, dan satu lagi berita berkenaan Pandi Kutty.

Jika ya pun hendak menyepin cerita kenaikan harga barang, buatlah cerita yang elok sedikit yang boleh bertahan lama.Cerita berborak dengan budak kanser yang seorang, tanpa memberi apa-apa bantuan tambahan kepada seluruh warga kanser yang lain, adalah satu cerita spin yang akan masak cepat. Ianya akan cepat busuk dan tidak lagi boleh digunakan selepas beberapa minggu. Ini hanya cerita perlawanan perebutan kerusi Parlimen Hulu Selangor antara al-ustaz umno Kamalanathan dengan Presiden MIC.

Kemudian berkenaan cerita Pandi Kutty, menunjukkan umno sudah habis modal untuk menjatuhkan Anwar dengan mengaibkan beliau secara semaksimum yang mungkin. umno telah membuat satu kesalahan yang besar kerana mengikut nasihat yahudi apco yang menyarankan pembunuhan terhadap karektor seseorang. Melayu bukan yahudi, Melayu adalah bangsa yang hatinya lembut namun cepat melatah. Jika orang Melayu melihat seseorang itu dihina dengan teruk sekali, perasaan kasihan akan terpupuk dalam hati orang Melayu dan orang yang dihina itu akan dipertahankan oleh orang Melayu yang senang kasihan.

Mungkin orang umno tidak tahu sifat orang Melayu ini kerana pemimpin-pemimpin umno pun bukannya Melayu jati pun. Melayu baru mungkin.

Apa yang lebih teruk berita yang disebut-sebut Najib adalah cerita berkenaan GST. Malaysia pasti akan hancur jika PRU13 nanti umno bn tetap memerintah Malaysia. Malaysia akan bankrap dan apco akan menyucukkan jarumnya yang sebenar dengan memasukkan puak-puak Israel dalam pemerintahan Malaysia dengan mengugut bermacam-macam terhadap kerajaan Malaysia yang dalam keadaan terdesak untuk lari dari bankrapcy. Padan muka Melayu....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Akhi Mazwandi @ Atok

Macam mana nak contact anta? No anta ana dah terdelete. Maaf. Last kita jumpa dekat KL Sentral, 2003 x silap, sblm tu masjid Bukit Damansara, waktu maghrib. Anta dgn zaujah, baru nikah masa tu

Syukur yang kita berdua dah jadi ahli satu jemaah yang sama. Apa2 pun anta tolong tinggalkan personal email utk ana contact atau no phone kalau perlu. Banyak nak tanya ni

- Ahli bilik 2016 / 209 Perindu 1. Sekarang alhamdulillah SU PAS Cawangan TTDI JAYA, Shah Alam

Syukran. Wassalam
ibnmustaffa berkata…
atoknyeee@hotmail.com

lama doh tak dengar org panggil hamba atok,....

Namun hamba tak pasti, enta ni sape sebenarnye,...?

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?