BUKAN BARU BIAN, TAPI ABANG MAT SEPATUTNYA JADI KM.



Baru sahaja habis membuat Laporan Mesyuarat Agong PAS Cawangan. Setelah ditangguh-tangguh, akhirnya kuatkan azam untuk menghabiskan hari ini. Boleh terus hantar kepada Kawasan untuk dibawa ke ROS. Mesyuarat Agong PAS Kawasan 17 nanti. Jadi atau tidak wallahualam? Semalamnya adalah hari mengundi. Ada tidak otai-otai Kawasan di Semenanjung?

Setelah kerja-kerja kesetiausahaan untuk cawangan ini sudah siap, barulah hamba berahi sedikit hendak bercerita tentang PRN Sarawak ini.

Boleh atau tidak Pakatan Rakyat akan menang? Hamba jawab, DAP boleh menang besar, namun PAS dan PKR ada susah sikit. Mengapa hamba berkata demikian? Kerana pencalonan Baru Bian untuk KM Sarawak jika PR menang menyusahkan PAS dan PKR sendiri.

Hamba berasa PR telah membuat kerja yang kurang cerdik menamakan Baru Bian untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai KM. Memang kerja gelojoh dan tidak berbincang langsung dengan parti-parti komponen yang lain, iaitu PAS.

PAS akan terperangkap untuk menjelaskan kepada pengundi Melayu/Melanau di 5 DUN yang PAS akan bertanding terutama kepada golongan saluran 1. BN/PBB akan gunakan semaksima yang mungkin untuk digunakan isu KM kafir akan perintah Sarawak jika undi PAS dan PKR. Nampak gaya hanya DAP yang akan beruntung dari pencalonan Baru Bian ini.

Cara jawapan Menteri Besar Perak yang sah, iaitu Ir Nizar dari soalan wartawan Malaysia Kini juga menampakkan rasa gelisah dari Ir Nizar tentang pencalonan Baru Bian sebagai KM. Ianya terlalu awal dan terlalu membebankan calon Islam Pakatan Rakyat untuk berkempen kepada pengundi Melayu Melanau.

Perkara membebankan rakan untuk keuntungan diri sendiri adalah sudah terbiasa oleh pihak DAP. Banyak perkara yang menyusahkan rakan-rakan PR selalu dilakukan oleh DAP untuk menarik undi bagi menyokong mereka. Isu arak dan judi adalah sudah terbiasa oleh DAP mengguris parti Islam dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS.

Beting Maro, satu kawasan yang PAS ada peluang, perlu dikuatkan jenteranya bagi menangkis dan terus menyerang BN dengan isu KM bukan Islam ini. Isu di Perak, perlu dijelaskan kepada pengundi. Tidak semesti parti yang sedikit menang tidakboleh menjadi Ketua Menteri. Artikel-artikel bercetak perlu diberi kepada setiap rumah yang mengundi di Beting Maro.

PAS sepatutnya berkempen agar Abang Hensem menjadi ketua menteri jika PR memerintah. Seorang yang terpelajar, muslim yang baik dan muda bertenaga. Barulah Melayu/Melanau akan buka mata untuk menyokong PAS dan PKR.

Jika PAS dan PKR hendak menang besar, gunakan isu ini, Abang Mat adalah KM Sarawak jika PR menang. InsyaAllah, DAP Menang semua kerusi, PAS menang semua kerusi, PKR akan menang di tempat yang bercampur dan sedikit di DUN Iban dan SNAP akan menang sedikit di tempat Iban.

Bukan Baru Bian, tetapi Abang Mat Hensem!

Ulasan

otaklunyai berkata…
slow lah bro... tarik rambut dlm tepung... jgn glojoh sangat... nanti terlepas semuanya... kalau nak dibandingkan si bukan Islam ni dgn taik mahmok dari segi maruah, lagi baik dia nih... kalau dia ni Islam gerenti baik punya...
Tanpa Nama berkata…
salam..

aku setuju dgn pemilik blog.
walaupun aku orang kuat keadilan, tapi aku sangat tak setuju pemilihan bian baru, aku pernah ketengahkan idea ini, tapi ditolak. ini disebabkan oleh idea ini mendapat sokongan kuat DAP.

Sesungguhnya idea perlantikan bian baru menjadi ketua menteri hanya menguntungkan DAP dan KEADILAN (kawasan dayak) tetapi sangat merugikan PAS dan KEADILAN (kawasan melayu/malanau).

Saya agak kecewa pemimpin PAS (HAJI HADI) boleh bersetuju dengan IDEA ini. Ini memperlihatkan KEJAHILAN Haji Hadi dalam mendepani permasalahan PAS.

Haji Hadi Wajar digugurkan daripada PRESIDEN dan digantikan dengan HUSAM MUSA.

PAS dijangka akan tewas di semua kerusi yang dipertandingkan disebabkan oleh Haji Hadi yang gagal bersuara dalam isu "BIAN BARU sebagai KETUA MENTERI SARAWAK".

HUSAM MUSA for PRESIDEN.
Tanpa Nama berkata…
untuk makluman.

BIAN BARU adalah salah seorang tokoh kristian sarawak. Ini pasti akan menyebabkan pengundi melayu gentar dan takut untuk memberi sokongan terhadap pakatan rakyat.

Aku berharap PAKATAN RAKYAT akan menariksemula pencalonan Bian Baru sebagai Ketua Menteri. dan memilih calon dikalangan bumiputera Islam sebagai calon ketua menteri.

Selagi bian baru dijadikan calon ketua menteri pakatan rakyat. aku dengan ini memboikot sokongan kepada pakatan rakyat.

perlantikan bian baru sebagai ketua menteri diakhirnya akan menyebabkan proses kristianinasi di Sarawak akan lebih mudah dan berjaya. Peristiwa kristianiasasi sabah sewaktu pemerintahan PBS (Pairin Kitingan) dijangka akan "berulang di Sarawak".

Aku menggesa agar HAJI HADI AWANG campur tangan dalam isu ini, dan mohon agar calon ketua menteri sarawak dipilih dikalangan bumiputera Islam sama ada daripada PAS ataupun KEADILAN.

sekian, terima kasih.

pejuangan ISLAM anti KRISTIANISASI
~kaum nasrani takkan tunduk kepada agamamu~
Tanpa Nama berkata…
sedikit info beza Penang & Sarawak kalo PR menang:
1. Di Penang PR rampas dr KM Cina Non Muslim, di Sarawak KM Muslim akan diganti oleh KM Non Muslim Bumiputera jika PR menang.
2. di P Pinang, umat Islam ada status bumiputera, di Sarawak, lebih 50% bumiputera dr kaum bukan Islam

perlantikan baru bian akan lebih menyusahkan muslim.....

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?