EGO.
Manusia ada berbagai jenis. Ada yang baik, kurang baik, sederhana baik, anggap diri tidak baik, anggap diri baik dan ada juga yang memang jahat. Kesemua jenis manusia ini dengan berbagai jenis-jenisnya dihidupkan ke dunia ini adalah untuk menuju kearah menjadi baik. Sebab itu Allah turunkan agama untuk membimbing manusia menjadi kearah baik. Mahu tidak mahu, kita mesti berusaha menjadi orang yang baik. Jika tidak berjaya, maka balasannya ialah neraka yang panas. Tiada kompromi. Dalam proses menjadi baik, ada berbagai-bagai rintangan yang telah diturunkan oleh Allah didunia ini. Rintangan syaitan, rintangan nafsu dan rintangan dunia itu sendiri. Maka proses untuk menjadi manusia yang baik adalah proses yang berterusan. Jika menganggap diri kita sudah baik, jangan berhenti menjadi baik, kerana kemungkinan kita menjadi tidak baik itu masih ada kerana gangguan syaitan, nafsu dan dunia itu sendiri. Apa yang lebih merbahaya ialah, dalam proses menuju untuk menjadi manusia yang lebih baik, ma...