MOHON DANA UNTUK PRK HULU SELANGOR.
Hamba didalam jemaah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Cawangan. Tugas dan amanah diberikan adalah sangat besar. Lebih-lebih lagi, kawasan yang hamba duduk sekarang ini akan diadakan Pilihanraya Kecil. Maka dana berbentuk RM amat diperlukan oleh kami untuk menjalankan tugas-tugas pilihanraya nanti. Terus terang hamba katakan, walaupun parti yang memerintah negeri adalah Pakatan Rakyat, namun Cawangan PAS adalah miskin tidak berduit. Kerana dana yang ada akan habis sekelip mata untuk menjalankan aktiviti dan program rakyat. PAS Cawangan pun tidak dapat satu sen pun bantuan dari kerajaan negeri kerana pihak memerintah sekarang ini tidak mahu menggunakan duit rakyat diberikan terus kepada parti politik, tidak seperti Umno BN dahulu. Maka PAS Cawangan terpaksalah juga berdikari untuk mendapatkan dana. Jika ada orang tidak faham, dan memang ada orang yang tidak faham, termasuk ahli sendiri, yang merungut-rungut 'asyik-asyik minta duit, asyik-asyik minta duit, dah memerintah pun minta ...