KONVENSYEN BLOGGER PAS DAN KELAB BLOGGER PAS

Banner Konvensyen.

Pagi tadi hamba telah pergi ke Konvensyen Blogger PAS. Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat. Oleh kerana hamba ada blog, dan hamba adalah ahli jemaah Parti Islam SeMalaysia, maka hamba pun berkenanlah untuk pergi ke sana.

Banyak juga perkara yang telah dapat diperolehi oleh kami, blogger-blogger atau gejuis-gejuis PAS. Peranan gejuis untuk memberi maklumat, atau risalah seperti yang disebut oleh Tok Guru Presiden semasa perasmian, adalah satu bebanan amanah yang perlu ditanggung dan dipertanggungjawabkan kepada gejuis semasa diakhirat kelak.

Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh gejuis akan dihitung oleh Allah Rabbul Jalil di padang masyar nanti.

Baru hamba terperasan, bahawa maklumat yang fitnah, bukan hanya setakat maklumat palsu, tetapi maklumat yang betul juga boleh membawa kepada hukuman dosa fitnah. Contohnya memberi maklumat keburukan orang, namun dengan memberi maklumat itu akan memberi kesusahan kepada orang itu. Itu juga fitnah namanya. Padahal keburukan orang adalah satu pahala apabila kita sembunyikannya. (Perkara ini akan dibincangkan panjang lebar lagi.)

Rugi rasanya kepada gejuis yang tidak hadir ke konvensyen ini. InsyaAllah, hamba akan ceritakan lagi dengan lebih lanjut tentang kertas kerja yang telah dibentangkan oleh 2 tokoh yang terkemuka dengan bidang mereka masing-masing.

Kata-kata aluan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.



Tok Guru Presiden sedang berucap merasmikan Konvensyen dan kemudiannya menubuhkan kelab blogger PAS.



Sebelum bermula program, kepimpinan berbincang sesuatu.



Perasmian kelab blogger PAS oleh Tuan Guru Presiden.



Sebahagian peserta konvensyen.

Ulasan

naim berkata…
Ya,
itulah pentingnya kerahsiaan.
Banyak orang muda terlalu semangat tanpa fikirkan panjang2....
-------------
Ada satu kes yang saya jumpa, seorang blogger yang rumahnya diguna sebagai tempat kempen Bagan Serai menghentam semula rakan2nya kerana perasaan tidak puas hati.
------------------
Selidik punya selidik, dia bukan seorang yang pernah ditarbiyah dengan kerja gerakan sehingga membolehkannya faham konsep sirr dan hazar itu.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?