UNTUNG BELI RUMAH CORNER LOT.
Mengapa buah strawberi boleh tumbuh di cameron highland tetapi tidak boleh tumbuh di tepi rumah hamba? Mengapa? Adakah kerana tepi rumah hamba tanahnya tidak subur seperti cameron atau adakah ada kena mengena dengan cuaca di tepi rumah hamba adalah terlalu tidak sejuk sedingin cuaca cameron? Mengapa hamba membandingkan tanah cemeron highland dengan tanah di tepi rumah hamba? Mengapa tidak dibandingkan di tanah belakang dapur rumah hamba atau tanah di depan rumah hamba? Jawapannya senang, belakang dapur rumah hamba tiada tanah dan di depan rumah hamba tiada tanah cuma ada tiles untuk dilapik tayar kereta hendak parking. Rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Ya, hamba bukan bangsa cina tetapi rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Bukan hendak kata hamba ini kaya, tidak.... hamba cuma ada banyak duit sahaja untuk membeli rumah 'corner lot'. Rumah 'corner lot' yang dibeli dengan harga lelong kerana rumah itu dilelong oleh bank dan dibeli oleh hamba semasa ...