Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA: KEKALKAH JIKA DAPAT?

Hamba mendapat ijazah dalam kejuruteraan Mekanikal di Institut Teknologi Mara, atau ringkasannya ITM. Tetapi sebelum itu, hamba mengambil Diploma terlebih dahulu sebelum mengambil ijazah muda, juga di ITM. Maknanya, hamba adalah seorang jurutera yang telah dibina oleh sistem pembelajaran di ITM. Diploma, hamba mengambil masa selama 3 tahun untuk habis belajar, manakala untuk ijazah muda, hamba perlu habiskan selama 2 1/2 tahun untuk mendapat segulung ijazah itu. Perlu juga diberitahu, hamba adalah golongan ketiga di ITM yang dapat melanjutkan pelajaran lepas diploma dengan nama 'Ijazah Sarjana Muda'. Sebelum ini sijil ini dinamakan 'Advance Diploma'. Kawan-kawan hamba, selalu menggunakan ringkasan ITM itu sebagai Institut Tendang Melayu. Mana tidaknya, ramai kawan-kawan hamba yang mengambil diploma bersama-sama dahulu tidak dapat menghabiskan pembelajaran kerana tidak lulus didalam peperiksaan. Pemarkahan peperiksaan di ITM semasa hamba belajar dahulu adalah terlalu ket...

KEPUTUSAN PRK : DIMANA METAFIZIKNYA?

Imej
Realiti kehidupan tanpa agama adalah seumpama seorang anak yang hidup didalam kejayaan semasa dewasanya tanpa mengendahkan ayahnya di kampung. Namun anak itu lupa bahawa ayahnya di kampung adalah kepala CEO kepada syarikat yang anak itu sedang bekerja siang malam untuk mendapatkan hasil gaji dari syarikat kepunyaan ayahnya itu. Namun di dalam syarikat itu, si anak selalu memaki hamun si ayahnya yang berada di kampung dan tidak mengaku ayahnya di kampung adalah ayahnya pun. Maka lama-kelamaan, agaknya apa yang ayahnya di kampung akan lakukan terhadap anaknya yang derhaka itu? Apabila kita bertutur kata tentang agama, ianya ada banyak kaitan dengan perkara yang berbentuk metafizik, iaitu perkara yang tidak boleh dibuktikan dengan nyata atau fizikal. Contoh terbaik, apakah bukti fizikal yang mengatakan Rasulullah telah di isra'kan dari masjidil Haram ke Masijidil Aqsa? Apakah juga bukti fizikal yang mengatakan Rasulullah telah di mi'rajkan ke SiratulMuntaha berjumpa dengan Allah S...

TPM YANG ZALIM.

Imej
Terkejut beruk. Itulah ungkapan yang paling sesuai apabila hamba mendengar tpm Malaysia menuduh PR mempolitikkan isu kematian Teoh semasa di'reman' oleh sprm. Beliau kata, PR bermain politik tentang kematian Teoh ini kerana hendak menutup isu-isu rasuah yang melanda kerajaan negeri Selangor. Apa sudah hilang akal fikirankah tpm kita ini? Seorang manusia telah mati semasa di dalam 'tahanan' sprm. Tanggungjawab terhadap tahanan adalah 100% diamanahkan kepada mereka yang menahan. Tiba-tiba orang yang ditahan mati. Bukannya mati sebab sakit jantung, bukannya mati disebabkan demam panas, tetapi mati kerana jatuh dari bangunan. Bagaimana perkara orang yang di'tangkap' boleh jatuh dari bangunan? Bangunan Masalam yang tingkapnya sentiasa ditutup. Pelik sungguh. Sudahlah tiada langsung mulut tpm itu mengucapkan takziah kepada keluarga simati dan juga memohon maaf bagi pihak kerajaan pusat tentang kematian yang dasyat itu, malah dengan nada sombong, mengatakan kematian Te...

MENANG 65 UNDI: MASA UNTUK MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah. Allah telah memberi kemenangan kepada PAS di Manek Urai. Walaupun majoriti 65 undi, namun, walau 1 undi, menang tetap menang. Selama 4 tahun PAS memerintah Kelantan dari 2005 sehingga 2008, dengan hanya 2 undi majoriti. Namun tetap utuh lagi kukuh kerajaan PAS di Kelantan semasa itu. Kepada Badan perhubungan PAS Kelantan, diharap terdapat sebuah pengajaran kepada PAS Kelantan daripada peristiwa ini. Bukannya apa, cakap-cakap 'over confident' menang majoriti 2,000 undi semasa jam 3 petang sewaktu hari mengundi adalah sesuatu perkara yang tidak elok dilakukan. Jangan 'under estimate' musuh kita, umno bn, kerana umno bn adalah satu pertubuhan politik yang sudah lama hidup dengan berbagai muslihat dan penipuan. Lebih sesak hidup umno bn ini, lebih kuatlah cara mereka hendak menipu pada masa pilihanraya nanti. PAS Kelantan dan juga semua ahli PAS juga perlulah muhasabah diri, kenapa berlakunya perkara menang dengan hanya 65 undi. PAS perlu membetulkan kembali ...
Imej
Majlis Sambutan Sempena Israk Mikraj 1430H Bersama Ustaz Taib Azamudden B Md Taib Orang Ramai DiJemput Hadir Ke Majlis Tersebut Pada Tarikh Seperti Berikut: Tarikh : 23 Rejab 1430 H (15 Julai 2009 – rabu malam khamis) Masa : Selepas Solat Maghrib Tempat : Surau At Taqwa, Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bandar Baru Batang Kali, 44300 Batang Kali Selangor Semoga Dengan Kehadiran Tuan/Puan Akan Dapat Menyerikan Lagi Majlis Kami

PPSMI DIMANSUHKAN AKHIRNYA.

Imej
Selama 6 tahun kerajaan Malaysia pimpinan bn membodohkan umat Melayu, akhirnya, bn mengaku kalah juga untuk mengekalkan proses membodohkan umat Melayu pandai matematik dan sains kerana takutkan kalah dalam pilihanraya. Baru sebentar tadi, TPM telah membuat pengumuman membatalkan PPSMI. Lebih kurang jam 2.50ptg, pengumuman yang sememangnya ada sangkut paut dengan Manek Urai telah dibuat dan mulai tahun 2012, maka bahasa Melayu akan kembali digunakan untuk mengajar anak murid sekolah rendah dan menengah didalam bahasa Melayu. Alhamdulillah hamba ucapkan. Akhirnya, akan kembali bersinarlah kelas-kelas yang mengajar Sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah. Akan kembali cerialah guru-guru yang insayAllah akan melihat buku rekod sekolah akan kembali lebih banyak dakwat pen biru dari merah. Akan kembali menarik minatlah, umat-umat Melayu untuk belajar matematik dan sains. Namun, hamba berpendapat, maksudnya, pada pendapat peribadi hamba, akan adalah juga puak-puak umno yang akan me...

DAP PUN CAP AYAM JUGA

Imej
Mugholazah punya pasal, dap keluar PR di Kedah. Kan ke cap ayam dap ni hamba nak kabor. Inilah dia perangai puak dap ini, masih menebal sikap chuvanisnya. Masih ada lagi sifat kecinaan di dalam baju mereka. Konon demokrat sosialis, tapi chuvanisnya lebih kuat dari itu. Bukannya puak dap ini tidak tahu tentang tahap kotornya kilang sembelih babi ini terhadap alam sekitar. Bukannya puak dap ini tidak tahu tahap haramnya kilang ini yang tiada lesen selama 30 tahun. Bukannya puak dap ini tidak tahu MBAS sudah berbincang dengan puak kilang haram ini. Bukannya puak dap tidak tahu kerajaan negeri sudah beri lampu hijau kilang ini untuk pindah ke tempat lain. Tapi, sebab politik kecinaan punya pasal, dap jadi 'stupid to the extreme of monkey'. Namun, hamba yakin, esok 2-3 hari lepas ni, dap ini akan kembali ke PR dan membuat statement agar k'jaan negeri kedah lebih sensitif dgn isu kaum cina, kononnyanyalah, asal babi sahaja, isu kaum cina, kan ke cap ayam juga dap ni,......