Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

PRU13 AKAN TUKAR KERAJAAN? YAKIN SANGATKAH KITA?

Banyak jugalah yang hamba terbaca di dalam media internet bahawa selepas PRU ke 13, akan karamlah parti rasuah untuk selama-lamanya. Terfikir juga hamba selepas solat isya' jam 4.00pagi tadi, tentang apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Terfikirnya hamba sehingga hendak berkongsi pendapat kepada para penjenguk blog hamba yang cap itik ini. Mungkin juga kekawan terperasan, mengapa pula solat isya' jam 4.00pg. Sebenarnya, semalam, hamba letih sangat, tersangatlah letihnya sehingga selepas solat maghrib terus tertidur. Habis meeting bersama PAS Kawasan pun hamba tidak hadir. Berlambak juga 'miss call' dari S.U Kawasan dan Ketua Cawangan hamba lihat didalam handphone hamba. Takpelah, sekali ini sahaja hamba tidak hadir. Bersebab pula itu. Sebabnya, tertidur. Miss solat pun tidak berdosa, sebab tertidur. Balik kepada tajuk PRU 13, betulkah nanti agaknya parti rasuah akan hancur lebur ada PRU itu nanti? Adakah PR akan mendapat kemenangan yang cukup besar sehingga boleh me...

ALHAMDULILLAH, KHAIRY MENANG.

Imej
(Proksi Anwar? telah menang ketua pemuda parti rasuah) Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah memenangkan manusia yang bernama Khairy Jamaludin menjadi ketua pemuda rasuah malam tadi. Hamba berasa sungguh gembira lagi sukacita melihat senario ini. Senario dimana orang yang sangat dibenci oleh pihak pembangkang dan juga didalam fraksi parti rasuah sendiri yang sungguh tidak suka kepadanya, menjadi ketua pemuda parti rasuah. Hamba cukup mengharapkan selepas ini dan mulai saat ini, maka pecah-belah dan porak perandalah parti rasuah yang mengamalkan semangat assobiyah dan makan ba** ini untuk selama-lamanya. Biarlah parti rasuah ini menjadi kelam-kabut dan hancur dari dalam agar puak-puak yang sungguh benci kepada hukum Islam ini akan lenyap dan musnah dari muka bumi. Hamba harap sangat, puak mukhriz dan anak toyo akan terus tidak berpuas hati dan ada tindakan susulan agar mereka sama-sama menjatuhkan satu sama lain seterusnya berperang besar sesama mereka hanya semata...

KEMBALI KEPADA ASAL.

Kembali seperti dahulu. Ditekan dan ditekan oleh parti rasuah. Harakah digam 3 bulan, begitu juga berita keadilan. Ceramah Anwar dirempuh ganas oleh fru. Ramai cedera, ramai yang ditangkap. Kebebasan untuk bersuara sudah mula ditutup serapat-rapatnya kepada Pakatan Rakyat. Sudahlah sebelum ini suara PR disekat sekecil-kecil kebebasannya, namun semenjak semalam, kebebasan untuk bersuara kepada PR telah mula disekat total oleh parti rasuah. Cerita disembur gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU ini bukan berlaku di negeri kuat parti rasuah seperti Johor, tetapi ianya berlaku di Sungai Petani, Kedah, negeri diperintah oleh PR. Ianya berlaku dinegeri dibawah pemerintahan menteri besar Parti Islam SeMalaysia. Inilah dia polis, sungguh kurang ajar lagi biadap terhadap rakyat. Hamba sudah tidak boleh menerima jika mereka mengatakan mereka bertindak 'hanya kerana menurut perintah'. Piirah mabuk! Satu sen pun gaji korang hamba tidak halalkan. Perlu diketahui, hamba adalah pekerja yang ...

DAH MAKAN BABI, MENGAPA TIDAK KE SPRM?

(AMARAN-Artikel untuk dibaca oleh mereka yang boleh menelan maksud terlindung buku SHIT sahaja) Waduh, kasarnya tajuk artikel hamba hari ini. Mengapa binatang mugholazah itu yang dimasukkan ke dalam tajuk cerita hari ini? Siapa pula yang makan babi? Mengapa pula jika makan babi perlu di bawa ke perhatian SPRM pula? Seperti Kadir Jasin berhujah, rasuah perlu dikhinzirkan kepada orang Melayu. Ya, rasuah perlu dibabikan kepada akal fikiran orang Melayu. Kerana apa? Kerana orang Melayu ini jenis jijik sangat dengan binatang yang bernama babi ini. Jijik ini lebih mengatasi dengan jijiknya kepada dosa menghina nabi. Pantang disebut babi, maka melenting puakalah si Melayu itu. Dihidang babi sahaja, maka sepak terajanglah meja makan kerana terasa terhinanya diri. Tetapi jika tidak solat, takde rasa apa-apa pula. Padahal, dosa tidak solat, lebih bergunung-gunung dosa mengatasi dengan makan babi. Serupa juga dengan rasuah. Makan rasuah, dosanya seia sekatalah dengan makan babi, tetapi orang Mela...

PPSMI: SEMUA DISEBABKAN RM.

Imej
(Disebabkan ini, Melayu jadi bodoh sains dan matematik) Sebenarnya, ianya semua berkaitan dengan duit RM sahaja. Bukan ada selain dari RM yang menyebabkan KPM sungguh liat hendak mengubah polisi cap ayamnya. PPSMI masih dikekalkan adalah kerana hanya semata-mata kerana RM. Pertukaran bahasa mengajar dari bahasa Melayu kepada inggeris akan menyebabkan seluruh buku teks didalam pembelajaran gugusan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dicetak semula dan di karang semula. Jangan melihat hanya 2 mata pelajaran sahaja buku teksnya perlu ditukar, tetapi gugusan mata pelajaran sains dan matematik semuanya telah ditukar. Sains, sains tulen, sains gunaan, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dari darjah 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 kepada tingkatan 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 rendah dan 6 atas, semuanya buku teks itu akan dibuat baru, dikarang semula, dan dicetak baru. Bayangkan berapa ratus juta keuntungan syarikat-syarikat yang mencetak buku teks ini akan mendapat keuntungan. Bayangkan berap...

MENGAPA HAMBA TIDAK TURUN KENDURI HARI INI! HAMBA BERASA BERDOSA,.....

Mengapa hamba tidak pergi! Menyesal sungguh hamba! Hamba sungguh-sungguh rasa seperti manusia munafik tidak buat serupa cakap. Hamba berasa sungguh berdosa. Kenapalah hamba tidak turun bersama-sama berdemo membantah PPSMI hari ini. 7 Mac 2009 sepatutnya hari bersejarah untuk hamba kembali bermandikan air asid dan gas pemedih mata. Rindunya hamba tidak kesampaian. Hamba ada di KL wahai penjenguk blog hamba. Hamba berada di KL rumah ibu ayah hamba. Namun hamba masih tidak pergi berdemo. Dekat yang amat masjid negara dengan Bukit Damansara. Tetapi mengapa hati hamba cukup tidak wahi untuk ke sana. Memang kesihatan hamba masih belum pulih. Tulang temulang hamba masih berasa rapuh. Pinggang hamba masih sakit seperti terasa hendak patah jika hamba berkeras sedikit dengan tubuh hamba. Tubuh hamba sekarang tidak boleh membuat pergerakan yang 'terkejut', atau dalam bahasa inggerisnya 'sudden move'. Hamba sekarang tidak boleh berlari. Hendak mengangkat benda berat jauh sekali. Se...

BERSEDIA JE, BAWAH POKOK & AHAD.

Bersedia untuk buat injuksi sahaja. La,.... ingatkan sudah dibuat injuksi. Tertipu juga hamba dengan lakonan puak parti rasuah ini. Kan ke sensasi sedikit jika ianya kenyataan media berbentuk sudah melakukan sesuatu, bukannya kenyataan AKAN melakukan sesuatu. Seperti meminta imbuhan sahaja mereka-mereka ini? Mamat puchong yang penyebab Selangor masuk devisyen 2 liga bolasepak dahulu ini dan seorang kawannya dari Muor hendakkan parti rasuah agar menyiasat rasuah yang berlaku didalam pemilihan cawangan dan bahagian. Entah apa-apa entahlah mereka-mereka ini fikir, ingat parti yang mendokong rasuah hendak menyiasat ke apa yang mereka dokongkan. Mati hidup semula pun parti rasuah tidak akan siasat! Hendak buat injuksi, buat je lah, tidak perlu buat kenyataan akhbar hanya semata-mata hendak bercakap 'saya sudah bersedia'. Nampak sangat seperti 'saya mohon sesuatu'. Lebih baik lagi dengan mamat-mamat perak 28 orang ini. Buat sidang Dewan Negeri di bawah pokok tempat letak kere...

JOM SHOPPING DI ONE UTAMA ESOK.

Imej
Esok hamba bekerja. Tetapi, jika hamba ambil cuti elok juga. Bukannya apa, sahaja hendak pergi membeli belah di One Utama. Beli barang-barang keperluan bajuan anak-anak di Jusco. O.k juga tu. Manalah tahu, jika hendak keluar dari One Utama nanti, kereta ditahan polis pula. Ya, ditahan polis. . Mengapa pula polis hendak tahan? Sebab kereta hamba ada lambang PAS dan selamatkan masjid Al-Aqsa, Palestin? Mungkin tidak. Apekehenya polis hendak tahan kereta hamba sebab sticker? Tiada kerja lain ke polis ni? Namun keberangkalian ditahan polis jika hamba keluar jam 1 petang itu adalah besar. Bukan kerana hamba buat salah apa-apa. Bukan kerana ada kes mencari Sharlinie yang masih belum berjumpa-jumpa. Tetapi kerana parti rasuah punya pasal. Ya, kerana parti rasuah punya kes. Perak tiada ceritalah esok. Puak rasuah sudah tidak wahi dengan perak. DUN hendak bersidang ke, apa ke, lantak dia. Yang penting hotel tepi one utama mesti penuh dengan polis. Ada sidang media sahaja, kewajipan menyuraika...

AMANTUBILLAH!

Ada orang kafir hendak menggunakan nama Allah sebagai kata nama tuhan mereka. Puak-puak yang mengatakan nabi Isa itu anak tuhan dan Allah itu bapa kepada Isa mahukan nama tuhan bapa mereka disebut sebagai Allah. Celaka sungguh mereka. Ya, celaka sungguh mereka. Lebih celaka daripada celakanya pemuda rasuah. Sudahlah menyesatkan manusia mengatakan Allah itu ada anak dan roh kudus itu juga adalah satu entiti dengan tuhan, kemudian hendakkan kata nama tuhan mereka sebagai Allah. Celaka sungguh. Elok juga pengerusi Yadim ada bersuara. Eloknya kerana suaranya boleh keluar ke media kerana dia masih didalam parti rasuah. Adalah juga mereka didalam rasuah masih ingat hal-hal agama. Sebenarnya ramai sangatlah jemaah PAS yang bersuara tidak bersetuju dengan cara mainan puak kafir mempergunakan nama Allah untuk tujuan menyesatkan manusia. Jika adalah manusia yang mengaku Islam yang menyokong puak kafir ini menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan mereka seperti RPK yang telah menjadi ayam ...