JOM SHOPPING DI ONE UTAMA ESOK.

Esok hamba bekerja. Tetapi, jika hamba ambil cuti elok juga. Bukannya apa, sahaja hendak pergi membeli belah di One Utama. Beli barang-barang keperluan bajuan anak-anak di Jusco. O.k juga tu.

Manalah tahu, jika hendak keluar dari One Utama nanti, kereta ditahan polis pula. Ya, ditahan polis. . Mengapa pula polis hendak tahan? Sebab kereta hamba ada lambang PAS dan selamatkan masjid Al-Aqsa, Palestin? Mungkin tidak. Apekehenya polis hendak tahan kereta hamba sebab sticker? Tiada kerja lain ke polis ni?

Namun keberangkalian ditahan polis jika hamba keluar jam 1 petang itu adalah besar. Bukan kerana hamba buat salah apa-apa. Bukan kerana ada kes mencari Sharlinie yang masih belum berjumpa-jumpa. Tetapi kerana parti rasuah punya pasal. Ya, kerana parti rasuah punya kes.

Perak tiada ceritalah esok. Puak rasuah sudah tidak wahi dengan perak. DUN hendak bersidang ke, apa ke, lantak dia. Yang penting hotel tepi one utama mesti penuh dengan polis. Ada sidang media sahaja, kewajipan menyuraikan orang yang sedang berkumpul menjadi agenda utama. Ada orang berkumpul sahaja, halau, ada orang berhimpun lebih 4 orang sahaja, surai. Yang penting, semua mulut ditutup esok.

Ye ke ni? Betul ke esok hotel ditepi one utama akan kecoh. Mungkin ya mungkin tidak. Sebab mereka yang merancang hendak buka mulut esok pun ada 'kuasa' polis juga. Entah-entah, polis akan menjadi pak 'eskot' kepada mereka-mereka yang hendak membuka mulut esok. Elok juga itu. Tidak perlulah kereta hamba kena tahan, entah-entah hamba pun ada sekali di hotel tepi one utama itu. Bukan untuk join sekaki, tetapi saja hendak tahu, apa kesnya mereka hendak membuka mulutkan itu?

Pejabat cap ayam ada sebelah sahaja dari tempat peristiwa sensasi esok ini. Bukan di Perak, bukan di DUN Perak, tetapi di hotel sebelah one utama. Tungguuuuu,.......;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?