HAMBA SETUJU DEMO BANTAH I-DANCE!
Eh? Lepas tulis artikel dibawah, tiba-tiba terasa hendak sambung tulis lagi. Bukan buang tabiat, tetapi setelah melayari blog-blog dan akhbar internet, terbaca pula hamba tentang demo yang akan dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebab tidak mahu I-Dance dilangsungkan di pulau mutiara itu. O.k tu. Hamba sokong 100%. Demo, jangan tidak demo. Walaupun PAS sudah berkerajaan sekarang, walau tidak 100% berkuasa, demo tetap demo. Jika tidak puas hati, demo. Bukan tidak puas hati pasal apa, tidak puas hati dengan maksiat, apa salahnya demo. Ini tidak, ada pula idea insan-insan yang mengatakan sesiapa yang berdemo, kita berakal pembangkang. Apalah yang sempit sangat pemikiran ini. Apa? Jika sudah pegang tampuk pemerintahan, tidak boleh membangkang ke? Jika begitu, serupa BN lah kita. Ada kata, pergilah berbincang dengan ketua menteri, itu lebih berhikmah. Eh? Manalah pula tahu yang itu berhikmah? Berdemo tidak hikmah? Hamba rasa, buat kedua-duanyalah berhikmah! Mesti buat kedua-duanya, satu...