HARAM TETAP HARAM WAHAI MANUSIA.
Akal adalah satu anugerah Allah kepada setiap manusia. Tanpa akal, maka manusia akan menjadi seperti haiwan. Manusia dapat membina tamadun kerana wujudnya akal di dalam kepala manusia. Namun, jika manusia hanya semata-mata hidup berlandaskan kepada akal, maka taraf manusia itu akan menjadi lebih teruk daripada haiwan. Allah telah menjadikan kebanyakan manusia, apabila peristiwa kehidupan yang dilaluinya itu adalah berulang-ulang, maka manusia itu akan menjadikan peristiwa hidup yang berulang-ulang itu menjadi kebiasaan baginya. Misal contoh, Ahmad sentiasa menghantar dan membawa pulang anaknya dari sekolah melalui jalan pintas setiap hari dari Isnin ke Jumaat selama anaknya dari darjah satu sehingga anaknya sekarang darjah tiga, maka akal Ahmad akan menjadi terbiasa dengan jalan pintas itu. Sehinggakan jika Ahmad menutup matanya pun, beliau mampu untuk membawa anaknya ke sekolah dan juga sehinggakan, akibat kebiasaannya Ahmad melalui jalan itu, maka akalnya akan sedaya upaya memberitah...