Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Februari 12, 2015

SAYA MAHUKAN TOK GURU HADI AWANG SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

Saya ahli PAS. Ahli PAS seumur hidup. Saya mahukan Presiden PAS sekarang menjadi ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Saya tidak mahu Lim Kit Siang atau mana-mana anggota Parlimen DAP menjadi ketua pembangkang kerana tidak mahu menjadikan sebuah parti yang menentang Syariah Islam sebagai ketua pembangkang di Malaysia.

Saya juga tidak mahu rakan PAS, PKR menjawat jawatan ketua pembangkang kerana perjuangan mereka yang lebih kepada liberalis daripada perjuangan Islam.

Biarlah ketika ini, jemaah yang mendaulatkan perjuangan Islam memimpin parti-parti pembangkang di dalam parlimen Malaysia. Dan ketika ini, masa yang paling baik untuk mengangkat Tok Guru Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Takbir!!

4 ulasan:

Naza berkata...

Jika berlaku? Rosaklah Islam & PAS tak kemana.....

Tanpa Nama berkata...

Saya tak setuju. TGHH seorang Ulamak tetapi worldview beliau terlalu sempit

Tanpa Nama berkata...

ana setuju letakkan TGHH ke tempat yang lebih tinggi dengan menjadikan beliau Mursyidul Am PAS dan ditambah pula beliau adalah Timbalan Ketua Ulama Dunia selepas Dr Yusuf Qardawi.

hamba Allah berkata...

kami hanya mahukan Pas tidak utk PKR dan DAP..