Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, April 22, 2014

KHALID SAMAD YANG TETAP KHALID SAMAD.

Seperti biasa, hari ini saya berikan satu artikel yang membelasah mamat Shah Alam....

Mengulas Tulisan Khalid Samad Pasal UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Sabtu, 19 April 2014

Terbaca satu tulisan Yb Khalid Samad yang di post pada whatsapp group bekas pelajar. Tulisan berkaitan dengan hudud Kelantan yang bertajuk "Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud"

Saya suka baca tulisan YB Khalid Samad kerana dia selalu menulis 'menentang cara gaya berfikir umum'. Tak hairan dia nak berhujah dengan Presiden PAS dalam mesyuarat AJK Pusat walaupun Presiden telah memetik beberapa hujah al Quran.

Pertama YB Khalid merasa sesuatu yang sangat pelik dan janggal bila UMNO bersungguh meminta PAS membentangkan Rang Undang-Undang Hudud Kelantan di Parlimen (RUU Hudud Kelantan). YB membuat telahan bahawa ini suatu perangkap UMNO terhadap PAS untuk memecah belahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Dalam tulisan di blog beliau YB Khalid Samad menulis "Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah"

Ada beberapa isu dalam hal ini boleh dibahaskan. Pertama adakah RUU Hudud Kelantan dibentang semata-mata kerana desakan UMNO?

Saya percaya tidak. YAB Ahmad Yaacob MB Kelantan adalah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat adalah seorang yang sangat komitmen dalam hal ini. Perjuangan Islam didasarkan atas ketelusan dan kejujuran. Hasrat untuk melaksankan UU Hudud Kelantan adalah suatu yang digarap semula dan diperhalusi dalam mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat dan perkara ini bukan datang daripada desakan UMNO semata-mata.

Kedua daripada sudut SWOT analisis, YB Khalid Samad melihat pelawaan UMNO untuk PAS Kelantan membentangkan RUU Hudud Kelantan sebagai "Threats" (acaman) sedangkan pada Dewan Ulama PAS Pusat pula melihat ini adalah "Opportunities" (peluang).

Mungkin kita akan berbalah pendapat adakah ini acaman (dalam whatsapp disebut lubang... dan jangan masuk lubang. Ada kata PAS suka masuk lubang) atau peluang? Dalam emnganalisis hal ini kita juga melihat kepada "Strengths" (kekuatan) yang ada pada PAS dalam hal ini dan juga "Weaknesses" (kelemahan) dalam isu ini yang ada pada PAS bila PAS bawa RUU hudud Kelantan.

Nak tak nak kita PAS yang saya kenal memang nak buat hudud bukan sekadar berebut untuk jadi YB terbaik atau sekadar menjadi MB terbaik, derma pendapatnya, tinggal di rumah buruk dan tolong rakyat... Apa beza kita dengan YAB Lim Guan Eng?? Seseorang muslim memahami maksud saya.

Sebab itu dalam analisis PAS melihat ini adalah peluang.

Di samping itu PAS boleh mengenal pasti siapa sebenarnya penentang hudud? Kalau saya per'detail'kan maksudnya ialah kita boleh study kekuatan dan kelemahan termasuk dalam Pakatan rakyat sendiri... apakah kita ada kekuatan di situ??

Kedua YB Khalid Samad telah bahawa nisbah parlimen yang memerlukan dua pertiga (112 undi) untuk menjayakan RUU Hudud Kelantan adalah tidak tepat.

Petikan YB Khalid dalam tulisannya "Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. "


Saya rasa kita kena memahami RUU Hudud Kelantan bukan untuk meminda akta 76 (A) tetapi meminta keizinan untuk memberi ruang kepada Kelantan melaksanakan undang-undang hudud daripada pecahan akta 76 (A). Ini hanya memerlukan "simple majority"

Dr Zuhdi Marzuki Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat dalam satu Forum Perdana  "Perjuangan Hak Asasi Manusia: Antara Agama Tanpa Kebebasan dan Kebebasan Tanpa Agama" yang berlangsung pada 17 April 2014 menyebut tentang perkara ini.

Saya tak tahu macam mana YB Khalid Samad yang begitu bijak dan prihatin tidak mendapat maklumat ini.

Atau mungkin YB Khalid Samad sengaja menulis untuk mendapat sokongan media sosial setelah YB sendiri tidak mendapat majoriti dalam mengemukan hujah-hujah dengan kepimpinan PAS Pusat (Pendapat dan bacaan saya).

Kalau PAS sekadar ingin jadi parti alternatif kepada UMNO saya rasa saya pun tak bersama PAS. Buat apa saya habiskan masa untuk ini semua lebih baik saya tumpu kerja saya menjadi seorang yang benar-benar profesional dalam kerjaya saya.

Satu lagi ialah janji dan pertolongan Allah atas apa yang kita usahakan. Dulu pun tak pernah kita terfikir orang akan bukan Islam menyokong kita dan mengundi kita... semuanya pertolongan Allah dan Allah menjanjikan pertolongan ini dengan syarat kita yakin dan berani melaksanakannya.

Tak hairan kalau strategi UMNO nak perkenakan PAS akhirnya makan dirinya sendiri jika PAS benar-benar yakin dan tulus ikhlas dalam melaksanankan tanggungjawab ini agar semua YB PAS tidak dipersoalkan diakhirat nanti... apa usaha kamu sepanjang menjadi YB dalam melaksankan hudud?

Sebab itu Al Syed Qutb dalam penulisan menyebut Laillah haIllah ALlah itu bukan sahaja ucapan tetapi mesti ada dalam 'gambaran fikiran'. Apa maksud gambaran fikiran??

Kita berfikir pun mesti kita yakin kepada Allah s.w.t. Kalau fikiran kita banyak sangat tak yakin, bukan tak boleh tapi nilainya berbeza..

Walahualam


0 ulasan: