KEPUTUSAN PISA, MALAYSIA DAPAT TANGGA 39 DARI 44, SALAH PBS KAH?

Aku kekadang menyampah juga dengan Pakatan Rakyat. Memang menyampah tahap gaban.

Terutama pada seorang homosepian ni. Yang bernama Lim Kit Siang ni.

Kenapa?

Cuba baca sini.....



Ni dia ambil dari Malaysian Insider.

Cara dia menyampaikan cerita itu di blognya, seperti ingin menunjukkan sistem pendidikan Malaysia sekarang seperti cap ayam.

Ya. Memang sistem pendidikan Malaysia cap ayam.

Tapi, itu dulu.....

Sekarang ada PBS.

Sebab itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memerahkan otak mereka untuk mencipta satu formula baru pendidikan, yang di 're-engineering' dari sistem Finland, kepada PBS.

PISA dibuat pada 2012 untuk pelajar tingkatan 3.

Ketika itu PBS baru dimulakan untuk sekolah Menengah. Manakala KSSR untuk sekolah rendah sudah masuk 2 tahun.

Bermaksud, PISA telah melakukan ujian terhadap pelajar yang 100% menggunakan kaedah sistem pembelajaran lama dari tahun 1 sehingga mereka didalam tingkatan 3. Semuanya 'exam oriented minded'.

Dan itulah hasilnya, Malaysia mendapat nombor 39 daripada 44.

Jangan pula, ada suara kurang cerdik dari Pakatan Rakyat yang hendak menyalahkan PBS dengan mendapat keputusan berkenaan.

Jangan!

Jangan buat kerja tak cerdik. Jangan menyeksakan pelajar yang sedang dalam proses pembelajaran dengan sistem baru dengan hendak mengekalkan sistem lama yang menyebabkan pelajar kita otak buntu. Otak dirobotkan dengan belajar untuk lulus periksa.

Jangan dikembalikan anak-anak kita belajar untuk bagaimana hendak menjawab peperiksaan. Bukan belajar kerana ilmu itu. Saya tahu semua itu, sebab saya telah mengalaminya selama 11 tahun......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Dari dulu sampai skrg mana satu sistem sekolah Malaysia yg unggul...?
Tanpa Nama berkata…
PBS pun masih bermasalah. Tak dapat nak key in ke dalam sistem. Tanya guru guru mengajar, bagaimana pengalaman mereka. Kalau ikut perasaan saudara sahaja...semua orang menyampah. sistem pendidikan ini tak ada kena mengena dengan ahli politik, adakah jusa jusa di kementerian dan menteri dapat melaksanakan sistem yang baik?

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?