Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mac 24, 2014

PRK KAJANG? HAMPAS!!

PRK Kajang baru habis.

Kak Wan menang besar.

Dia kata 'Kajang move' berjaya.

Apa yang berjaya, aku pun tak tahu. Sebab apa yang aku nampak, tempat memang PR kuat, menang besar pada PRU13, tiba-tiba diadakan Prk, sebab PKR buat kerja gila. Letak jawatan, habis tu, bertanding balik. Ingat duit menjalankan Prk tu mak bapak dia punya ke?

Apa-apa, yang dapat aku lihat, PAS memang bagus. Tak pernah tinggal kawan. Walau kawan dia perangai macam hampas. PAS tetap buat kerja gila-gila, seperti mereka yang bertanding. Syabas orang-orang PAS. Tak kisah dipergunakan, asalkan berpegang kepada tahaluf siyasi.

Balingian, aku tak tahu cerita. Yang aku tahu, Azmin Ali dah buat kerja dekat Sarawak. Meraih undi. Meraih undi utk orang undi dia. Bukan undi PKR. Tetapi undi dia dari orang PKR. Ada faham? Kalau tak faham, jangan masuk politik. Masuk Tabligh.

Apa yang pasti, atau mungkin pasti, Prk lagi satu akan menyusul. Di Seberang Perai pula. Permatang Pauh. Sebab mamat sorang tu kena 5 tahun pulak. Haru. Ramai manusia yang dekat dengan pinggang dia nak buat reformasi 2.0. Bagi aku, itu kerja bodoh. Baik buat revolusi terus. Lagi bagus. Revolusi Islam. Di Tanah Melayu. Islam didaulatkan. Islam di negarakan!

Dah kena, baru ingat reformasi. Masa berkuasa sedikit dahulu, pejuang reformis semuanya ditendang keluar. Laungan reformasi pun dah tak wujud. Hanya sekadar laungan tin kosong semasa ceramah. Hampas.....

Hari ini aku bersuara.

Kerana apa?

Kerana lama aku tidak bersuara di ruang siber.

Bosan.

Bosan dengan politik sekular.

Bosan dengan tong taik yang lebih besar.

Bosan dengan kawan-kawan yang anggap diri mereka lebih mulia dari mereka yang diluar jemaah.

Aku Bosan.

Sebab apa?

Sebab musuh utama kita bukannya umno. Musuh utama kita adalah syaitan. Itu yang kita lupa.... umno hanya sebahagian daripadanya......

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lu kerja lagi songsang bro...orang kerja berjuang ikut jamaah, suka x suka kena ikut sebab ada prinsip jamaah selagi x memudaratkan...lu bejuang ikut kepala otak sendiri...apa membina sangat komen lu...lu berapa pengikut ada, orang lain bejuang bemati matian nak memenangkan jammah agar sekurang-kurang suara islam dpt bekumandang dalam kalangan rakan-rakan pr...sekurang2nya kita dah sampaikan...harap lu berapa patah ttg islam lu sebarkan pada cina india dan bukan islam lain??? Cer citer2....ckp jngn ikut sedap mulut dan pala lutut...pi masuk UMNO lagi bagus...lu punya pikir 2x5 5x2 dengan Tok Asan Ali dan sekutunya....pie rah macam bagus!!!!!Lu ingat jamaah Tabligh x reti politik...jngn jadi bodo la...

Mazwandi Mustaffa berkata...

Inilah contoh yg aku katakan..

Tanpa Nama berkata...

org ni taik UG. alhamdullilah ramai ahli kita datang membantu kecuali pemimpin UG dan org2 macam admin. perosak Jemaah dan secara langsung jatuhkan imej islam

Tanpa Nama berkata...

Ini Contoh jugak ker bro???? KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS menyifatkan rakyat Dun Kajang faham perkembangan semasa politik sesuai dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi di sana.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila ada banyak banyak universiti atau institusi pengajian tinggi serta bank ia menggambarkan penduduk di kawasan golongan cerdik.

“Terima kasih pengudi Kajang biar pun mereka berdepan kempen Umno dengan menggula-gulakan pelbagai projek dan bantuan namun mereka lebih matang.

“Syukur di atas keupayaan Pakatan Rakyat mempertahankan Dun Kajang. Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi,” katanya sebagai reaksi di atas kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Dun Kajang yang diumumkan malam tadi.

Presiden PKR itu menang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau mengatasi Datuk Seri Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Pada pilihan raya kecil Dun Kajang semalam, Pakatan juga berjaya merobek kubu Umno di peti undi Sekamat dan Taman Delima.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, mengundi merupakan perkara baru kerana pada zaman lampau tidak ada proses pengundian, di mana pemerintah hanya diwarisi.

Menurutnya, sejak kerajaan Islam pertama diwujudkan di Madinah oleh Nabi Muhammad SAW sehingga Khalifah Othmaniah di Turki, tidak ada proses pilihan raya seperti sekarang.

“Perkara agak baru dalam kalangan orang Islam, namun masih ada yang tidak berapa faham keperluan mengundi dalam Islam,” ujarnya

sasukaMG berkata...

Komen Tanpa Nama lebih berilmu..

mohamad berkata...

Jgn menulis kerana bosan. Tulis kerana Allah, ie ada hukum yg menyuruh menulis, klu x tahu hukum yg jd sandarannya jgn menulis. Adabtiga syarat yg agama gariskn. Penuhilh baru menulis.

Monkey Shooter berkata...

Setuju sangat dengan pendapat yang pertama tu... Memang PKR tak sempurna kerana mereka parti baru. Tapi kamu ni macam tak pernah membaca dan berkepala batu macam Din Ayam dan yang sewaktu dengannya. Lebih baik kamu teliti dahulu sejarah PAS dan yang paling penting sejarah Almarhum bekas Presiden Dato Asri. Kalau terkini kamu ini tak ubah pengikut setia Hassan Ali yang dilihat terlalu jijik dan haprak. Tapi kamu ini lebih kepada pengikut setia "Din Ayam" menantu abah dari kumpulan utama UG.....

FZT berkata...

kah kah kah kah

FZT berkata...

kah kah kah, tak lama baru cakap dah timbul hhahahaaa

Tanpa Nama berkata...

aku nampak ape yg admin nampak....ahahah