EVENGELISTA DAP DAH BERSUARA.

Pintu evengelista dah terbuka..... apa tindakan kita? Senyuumm je?

Tiga Adun Selangor cadang pinda Enakmen 1988, jaga hak bukan Islam

"Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Terkejut dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San (gambar), yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku berkata, enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam.

"Ia sepatutnya tidak digunakan untuk menyekat sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam bahasa yang mereka pilih," kata mereka bertiga.

Menyifatkan tindakan Jais sebagai kasar, mereka berkata apa yang berlaku menjadi panggilan kesedaran untuk mengkaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan "Allah" atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Yeo, Rajiv dan Lau berkata, seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk percaya, mengamal dan menguruskan agamanya.

"Oleh itu, seksyen ini perlu dipinda untuk memastikan kumpulan pelampau tidak bertindak melawan pihak beragama lain atas kepentingannya.

"Enakmen ini perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan dibawah Perkara 11 (4) iaitu:

"Undang-undang negeri dan juga Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau mengehadkan penyebaran oleh mana-mana agama atau kepercayaan di kalangan mereka yang menganut agama Islam tetapi tidak dibenarkan menyekat hak bukan Islam dalam cara untuk mengamalkan kepercayaannya," kata mereka.

Mereka mengajak semua Adun Selangor menyokong pindaan kepada enakmen itu sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan hak semua rakyat Malaysia dikawal samarata.

"Kita mesti menyekat pihak pelampau mengawal agenda negeri dan negara sehingga kumpulan minoriti dizalimi," tambah mereka.

sumber"


- Saya berkeyakinan, 15 ADUN PAS akan memastikan Islam akan dijaga dan berdaulat di negeri Selangor ini. In syaa Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?