Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, November 05, 2013

PRK N20; ANALISIS AWAL. PAS MENANG DALAM KALAH... YE KE?

PAS menang dalam PRK DUN Sungai Limau. Alhamdulillah.

Namun majoriti kemenangan turun. Itu perkara yang telah diduga.

Dari kemenangan majoriti 2774, ianya menurun 1084. Sebanyak 1690 kekurangan. Tetapi yang benarnya, undi PAS merosot 1,225. Manakala BN meningkat sebanyak 465 undi.

Begitu juga UPU. Dari kemenangan 13 UPU semasa PRU13 dahulu, untuk PRK ini, PAS hanya menang 9 UPU. Lagi 10, kalah. 4 UPU telah gugur syahid ditangan musuh. UPU tersebut adalah;

1) Kabu Sepuloh
2) Sedaka
3) Padang Lumat
4) Kampong Titi Batu

Empat UPU ini, JPrU PAS DUN Sungai Limau perlu bekerja keras agar pada piihanraya akan datang, UPU ini akan kembali dimenangi oleh PAS. Banyak lagi masa untuk JPrU hendak membuat kerja. Masih ada 4-5 tahun untuk menunjukkan PAS ini adalah parti Islam yang boleh memerintah.

Perkara yang paling penting selepas ini, PAS wajib menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS Kedah telah kembali bersatu hati dan tenaga untuk kembali merampas Kedah daripada BN. PAS mesti menunjukkan mereka adalah alternatif yang terbaik untuk menggantikan umno untuk memerintah Kedah.

Yang penting. Bersatu. Jangan berpecah. Jangan bergaduh. Jangan jatuh menjatuh. Jangan nak menunjuk kuasa. Jangan engkar kata ketua. Jangan merajuk. Perkara yang berlaku seperti apa yang telah dilakukan ahli PAS terhadap Ustaz Azizan dahulu, tidak boleh berulang lagi.

Jika dilihat dari statistik diatas. Ianya menunjukkan bahawa PAS telah menang seperti pada PRU 2004 dahulu. Dimana Ustaz Azizan telah menang sebanyak majoriti 1080 undi. Ketika itu, Barisan Alternatif kalah teruk kepada Pak Lah.

Dengan itu, istilah PAS menang dalam kalah oleh Syahrizat adalah untuk menyedapkan mulut pihak umno sahaja. Mungkin mereka tidak berpuashati dengan kekalahan.

Apa yang saya nampak, dengan kekalahan umno dalam PRK ini, maka pengaruh Najib telah berkembang luas. Manakala, pengaruh Muhyiddin dan Mukhriz akan sedikit tercalar dalam hierarki umno. Lebih-lebih lagi, pengaruh Mahathir. Namun, ianya tidak dapat memadamkan 100% pengaruh Tun itu. 

1 ulasan:

tungkaran hati berkata...

rakyat kebanyakan tidak merestui kerjasama PAS dan DAP-PKR......tambahan pula PAS kelihatan seperti kuda tunggangan DAP sahaja !