Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, November 24, 2013

PAS JANGAN BERDIAM DIRI ISU SYARIAT ISLAM

Saya nak dia ni jadi AJK tambahan PAS Pusat....

SHAH ALAM: PAS dicadang untuk segera mewujudkan portfolio penting bagi memperkasakan dakwah, selain meremajakan badan pemikir PAS, iaitu Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Cadangan tersebut dikemukakan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohammad ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.

Tegas Kamaruzaman, PAS sebagai sebuah gerakan massa yang memperjuangkan hukum Islam tidak perlu berdiam diri dalam soal memperkasakan hukum Islam yang menjadi perjuangan PAS selama ini.

"Suara kita makin kendur, sehingga ada yang mengatakan sudah dekat pilihan raya jangan sebut tentang hukum hudud kerana bimbang orang Cina tidak memberi undi.

"Namun, UMCedel pada 2002 telah membuat kajian mengatakan peningkatan 12 peratus daripada pengundi Tionghua meyakini keadilan sistem Islam," tegas beliau.

Sehubungan itu, katanya PAS perlu mengemukakan gagasan baru agar PAS cukup dikenali sebagai gerakan Islam yang hebat, yang melahirkan amilin dari sistem tarbiyah.

Beliau turut meminta PAS agar bersatu dengan beberapa konflik yang dikatakan memberi kesan kepada pengundi Melayu secara signifikan iaitu isu kalimah Allah dan tuduhan yang mengatakan PAS sebagai pembonceng Pakatan Rakyat.

"Untuk isu ini, PAS dan pemimpin pusat yang bakal dilantik nanyi perlu memikirkan bagaimana untuk membuktikan PAS bukan pembonceng Pakatan Rakyat.

"Selagi dua isu ini tidak diselesaikan, maka pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kita masih tidak mampu ke Putrajaya," tegas beliau.

0 ulasan: