REZA ANAK ROSMAH, BACA SAT BLOG AKU NI.

Siapa di sini yang bergelar ex Victorian. Sila angkat mouse.

Siapa di sini masa tingkatan 5, VI adalah 100 tahun umurnya. Sila angkat keyboard.

Siapa disini yang mengenali Riza Shariz, sila angkat CPU.

Aduh, sakit pinggang saya angkat CPU tadi.

Dengan tidak semena-mena, wajah rakan saya, yang dahulunya saya anggap dia sebagai rakan baik, tetapi, tiba-tiba lost contact, walau di sekolah sendiri setelah saya masuk science stream masa tingkatan 4, dan beliau masuk kelas lain.

Kemudian pula itu, beliau menjadi pengawas, saya jadi pelajar biasa. Menjurangkan lagi beliau dan saya.

Jika beliau terbaca blog ini, mesti beliau masih ingat, bagaimana isu kes hilang barang oleh seorang kawan kita, yang kacukan cina melayu, menyebabkan pemandu kereta Riza buat 'ugutan' pada saya. Padahal, hang yang hilangkan barang tu yang saya beri pinjam. Atau lain perkataan, dicuri oleh mamat ketiga itu.
Yang kiri sekali. Reza.

Jika Riza terbaca blog ini, sudah pasti teringatkan masa kita bersekolah menengah di VI dahulu, takde apa-apa yang mengganggu persahabatan kita waktu itu, biar dari segi ideologi atau pemikiran. Saya masa itu, tidak kisah pun dia itu anak Rosmah Mansor. Anak tiri Najib Tun Razak pun saya tak kisah waktu itu.

Saya ada banyak cerita jika hendak diceritakan disini. Tetapi, biarlah ianya cerita antara saya dan Riza. Yang saya ingat dahulu, ejaan nama dia adalah Reza Sharis.

Reza! Jika hang baca blog ni, email lah saya..... beri respon sikit. Jangan jadi macam kawan saya Edry KRU tu yang habis telah lost contact langsung lepas tamat tingkatan 5. Siap nak jual kaset lagu Canggih dia kat aku. Kah, kah..... saya dengar lagu Sepultura laa ketika itu......

PS- Damien apa khabar?

Ulasan

MyCherita berkata…
Salam... singgah lawat blog anda...

jika ada masa.. jom singgah blog saya.. terim kasih..

http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/ganjaran-apabila-melayari-internet.html

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?