ULAMA PAS GILA KUASA

Ulama PAS gila kuasa.

Ini tajuk artikel saya untuk hari ini. Selepas berbulan juga menyepi, namun akhirnya, dengan blog sudah baik, dan kerja yang masih menimbun di pejabat, saya tetapkan semangat untuk penceritaan ini tentang ulama PAS.

Saya mulakan dengan satu contoh komen dari gejuis di Tranungkite.

Re: Timbalan Presiden PAS: Hanya seorang calon ulama kali ini? (Score: 1)
by abuadil_alkaff on Sunday, September 29 @ 22:39:55 MYT
(User Info | Send a Message)

kalaulah ulama jelaskan program mereka jika menang, alangkah baguihnya... kalau setakat nak penuhi kerusi, ambe pilih husam, pendamai puak ulama dan professional...

Sudah baca?

Bagus.

Inilah trend gejuis sekarang merata Malaysia yang bercakap menyokong Pakatan Rakyat, apabila timbul isu Ulama.

Apa yang menariknya, majoriti komen yang diberi, sudah semestinya menyelekehkan ulama. Ulama dianggap stupid dalam pentadbiran, tidak reti mentadbir semasa memerintah negeri, tidak ada idea yang canggih untuk negara, dan yang terpentingnya, jika ahli PAS itu adalah ulama, maka cop UG akan di stamp kan di kepala otak gejuis masing-masing.

Saya tidak mahu mendetailkan penceritaan berkenaan ulama-ulama dalam PAS ini. Tetapi cukup hanya untuk memberitahu kepada gejuis semua, bahawa anda semua telah membuktikan Hadith Rasulullah SAW itu adalah benar. Di akhir zaman nanti, Ulama akan diperlekeh dan diperkecilkan oleh masyarakat.

Maka teruskanlah dengan menggazetkan pemikiran gejuis sekelian, bahawa ulama-ulama yang ada di dalam PAS ini, adalah cap ayam dan useless, hanya baik untuk dibuat kawan (atau buat-buat kawan) supaya dapat meng'up'kan populariti agar senang melongkah naik menjadi pemimpin.

Dan perlu diketahui, ini adalah artikel permulaan untuk bab ini.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?