Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Mei 10, 2013

UG; UMNO DAN DAP.

Fakaq!! Lu nak kata apa lagu ni? ;

Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan
9 Mei 2013

Lim Kit Siang KUALA LUMPUR - DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang hari ini.

"Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya.

"Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.

Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons."

"Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu.

BN membentuk kerajaan persekutuan selepas memenangi 133 kerusi Parlimen mankala pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu
menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen. - Bernama

------------------------------------------------------------------

Jikalaulah diatas ini yang berkatanya adalah Ayah Chik, sudah pasti MSO, Anak Derhaka, Al-Huseyn dan Cipan++ serta blogger celaka yang lain melenting. Terutama mamat PAS dari Shah Alam tu, sapa nama dia, Khalid Samad?.. kah, kah, kah.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sangat setuju apa hang kata..klu ayah chik ckp mcm lim kit siang tu sahla golongan hantu2 parasit pelesit akan bertubi2 menghentam mungkin akan berlaku sekali lagi mensyuarat nk mendesak TGHH di kenak tindakan...tapi bila cina ni kata depa akan kata apa"itu pandangan peribadi dia" org dap tak kata nmpknya wala' org dap kepada ketua lebih hebat dr wala'org pas pada ketua mereka wlupun ketua itu ulamak..nmpknya org dap lebih faham kaedah nak nasihat ketua dr org pas yg sgt suke nak cri salah silap ketua mereka