Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 23, 2013

SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN.

"Pengkhianatan Orang Cina itu benar". Puih. Dasyat betul tajuk berita dari akhbar internet, MalaysiaKini. Memang dasyat yang melampau.

Ada sesiapa yang sudah baca berita itu? Jika sudah, bagus, anda semua dibenarkan untuk terus membaca artikel saya ini. Jika belum, tolong baca dahulu, kerana jika anda semua hendak faham apa yang hendak saya tulis, anda perlu membaca dahulu entri ini; 'Pengkhianatan orang Cina itu benar'

Saya sebenarnya, tidak mengenali langsung bekas hakim yang bernama Mohd Noor Abdullah ini. Saya tidak kenal dia. Adakah dia hakim yang baik? Adakah beliau hakim yang adil? Adakah beliau seorang yang nasionalis? Adakah beliau seorang yang Islamis? Itu saya tidak tahu. Tetapi, dengan pembacaan dari artikel dari MalaysiaKini itu, saya dapat anggapkan bahawa beliau seorang nasionalis Melayu. Seorang yang assobiyah.

Ada 3 isi penting yang hendak diutarakan oleh beliau dalam teks ucapan yang telah direkodkan oleh MalaysiaKini yang telah dipisahkan kepada 3 episod. Didalam episod yang pertama ini, isi yang penting diutarakan oleh bekas hakim ini adalah 3 isian.

Saya hanya hendak mengupas 2 isi sahaja untuk artikel saya pada kali ini.

Satu, berkenaan dengan Cina sudah khianat Melayu.

Kedua, sekolah jenis Kebangsaan.

Apabila, introduksi ucapan bekas hakim ini adalah menyatakan bahawa Cina telah khianat Melayu kerana ingin membolot kuasa politik, nampak sangat ada kecelaruan mental aritmatik pada akal bekas hakim ini. Saya tidak nampak, dari segi logik mana, orang Cina, hendak mengambil kuasa dari orang Melayu. Memang saya tidak nampak. Jika sesiapa ada yang nampak, tolong jelaskan kepada saya, dimana, orang Cina sedang bertungkus lumus untuk mematikan kuasa politik orang Melayu. Dimana??

Apa yang saya nampak, didalam 38 kerusi yang dimenangi DAP, kesemua lawan kepada calon DAP itu adalah BUKAN orang Melayu. Yang dilawannya, MCA, Gerakan dan SUPP. Dimanakah adanya satu kerusi yang dimenangi oleh DAP, adalah kerana berlawan terus dengan umno? Ada? Tiada? Tolonglah jangan tipu saya. Memang ada, satu, di Johor, dimana sepatutnya kerusi Parlimen itu adalah milik MCA, tetapi telah dirampas umno untuk berlawan dengan Lim Kit Siang. Satu kerusi, Cina menang lawan Melayu.

Tetapi jangan hanya ingat kepada Gelang Patah, lupakah pula parlimen Raub di Pahang. DAP menang menentang MCA disana, tetapi yang mewakili DAP adalah orang Melayu. Kenal Mohd Ariff Sabri? Melayu menang lawan cina bn.

Kot ye pun, Cina menang semua kerusi yang ditanding, biarlah dia, kerana yang dia lawan pun, asal dari orang Cina juga. Apa yang kurang akalnya bekas hakim ini?

Sepatutnya, apa yang perlu dihentam oleh bekas hakim ini adalah menghentam selunyai-lunyainya PAS, yang memang sah, berlawan 90% dengan parti melayu umno. Dimana kerusi majoriti Melayu, disitulah terletaknya PAS. Hendak pula saya bertanya, PAS ini bukan orang Melayu ke? Bukan orang Islam ke? Jika melayu umno kalah, yang menang nanti, Melayu PAS pula. Jadi,.. apa masalahnya wahai tuan hakim?

Ok, saya akan berhenti setakat disitu untuk isian pertama. Tidak mahu saya panjang-panjangkan perkara yang melalut dari akal pemikiran manusia kurang akal aritmetik.

Kita pergi ke isian yang kedua pula. Isian berkenaan dengan sekolah jenis Kebangsaan.

Walaupun saya membantah apa yang diungkapkan oleh bekas hakim ini berkenaan dengan orang Cina khianat Melayu, maka untuk cerita berkenaan dengan sekolah jenis kebangsaan ini, saya menyokong beliau 110%. Memang saya menyokong beliau 110%.

Kerana apa saya katakan begitu? Kenapa saya beranggapan bahawa sekolah jenis ini membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia? Kerana memang ya pun ianya membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia.

Satunya, hanya Malaysia sahaja didalam dunia ini, adanya terwujud jenis sekolah yang khas untuk kaum Cina dan India. Hanya di Malaysia. Sehinggakan, di Singapura pun tiada sekolah jenis kebangsaan Cina ini. Di Hongkong, di Taiwan, di tanah besar Cina, mana ada sekolah Cina. Mana ada!

Disebabkan sekolah jenis kebangsaan ini jugalah, kaum cina rugi satu tahun untuk menghabiskan sesi persekolahan wajib mereka.

Sesiapa pernah mengajar tingkatan satu? Ada sesiapa yang pernah mengajar pelajar Cina yang semasa sekolah rendahnya, adalah dari aliran jenis kebangsaan Cina? Ada? Jika ada, sudah tentulah, guru-guru ini akan faham apa yang saya maksudkan. Bolehkah kita, rakyat Malaysia, menerima, seorang rakyat Malaysia, yang berumur 13 tahun, tidak tahu berbahasa Malaysia. Boleh terima ke?

Mat Bangla, yang tinggal di Malaysia, tidak sampai 1 bulan pun sudah boleh bertutur bahasa Malaysia, tetapi oleh kerana wujudnya sekolah Jenis Cina di Malaysia ini, maka sungguh ramai kaum Cina berICkan Malaysia, tidak reti berbahasa Malaysia. Ini memang parah!

Kita pun boleh membandingkan, antara orang Cina yang bersekolah Jenis kebangsaan Cina, dengan orang Cina yang bersekolah Kebangsaan biasa. Memang kita boleh bandingkan, yang mana satu yang lebih mesra kaum, yang ada ramai kawan yang berlainan bangsa, yang boleh berkompromi dengan bangsa-bangsa yang lain. Memang jelas kita boleh bandingkan.

Maka, apakah kewajaran, untuk mengekalkan sekolah jenis ini? apakah logiknya ianya diteruskan dalam abad milenium ini? Jawapannya, kerana hendakkan undi, itu sahaja...... bodoh punya politician......

0 ulasan: