Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 09, 2013

PASCA PRU13; HUSAM ADALAH CALON PM BAGI PAS.

Baca ni; (Dari TKOOffline)

Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi.

Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini)

Sayuti ini adalah penulis lama, tak ramai yang hidup tinggal sedikit sahaja lagi.  Mujur ada dia, boleh kita berperang idea pasal politik tanah air. Ada banyak penulis dan penganalisis politik lain yang baik tapi penulis ini bukan penulis blog.

Bila Sayuti menulis pasal Husam diketepikan. Saya rasa macam ada tak kena sahaja. Saya rasa Sayuti tak payah panaskan isu Kelantan. Tulisan Sayuti pasal Husam sebelum ini berjela-jela sudah bercanggah pula. Ramai orang komen bila kita berkawan, kita tak payah lah tulis berjela-jela pasal kawan kita.... Nanti tak ada orang nak berkawan dengan kita. Masa kita berkawan kita kata 'kentutnya wangi' tapi bila kita benci habis satu dunia tahu pasal kita 'kebel' (heboh) keburukan kawan kita itu.

Begitu juga tulisan Sayuti pasal calon parlimen di Perlis, Sayuti banyak menulis dan menyerang PAS Perlis. Ulama juga menjadi mangsa. Blogger Pakatan Rakyat terikut-ikut dan wujud polimik dikalangan blogger PR. Ini semua kerja tak bagus kalau kita sedang berperang dengan musuh.



PAS Perlis ada maklumat tentang penderian sebenar Dr Jaunda.. keraguan PAS Perlis terhadap calon cadangan PKR terbukti. Tapi PAS tak menjawab pada tulisan-tulisan dan tuduhan itu menjaga kehormanian dan suasana pada masa itu pula suasana hampir PRU. Jangan ingat PAS bodoh!!

Saya rasa pelik orang PAS berfikiran seolah-olah PAS satu organasasi bodoh dan lemah... tak ada apa-apa sekadar pak lebai di surau dan masjid.

Presiden PAS banyak kali penglibatan PAS kawasan pertikaian adalah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sendiri... Kalau tak nak dengar cakap Presiden PAS takkan nak dengar cakap Presiden UMNO!!!

Yang saya pelik, orang PAS sendiri, puluhan tahun jiwa dalam PAS tapi masih anggap PAS tak ada kajian, tak ada gerak saraf atau "intelligent" tak ada kajian... itu sebab kalau ada kajian luar, nak 'sembah' kajian luar tersebut. Presiden PAS terkena terpias ini. Maaf saya tak kata kepada Sayuti pasal dia bukan ahli PAS.

Bukan sahaja Sayuti bercakap pasal Kelantan, ada juga blogger yang pernah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangkit pasal perkara ini. Kaitkan pula dengan "Geng Perpaduang".


Dulu saya ingat orang UMNO sahaja yang suka bangkit perkara lama yang sudah berkubur. Misalnya pasal solat dua iman, pasal tak makan sembelihan UMNO. Pasal itu di Terengganu gambar Lim Kit Siang Peluk TGHH masih menjadi bahan kempen UMNO Terengganu.

Rupanya dalam blogger pakatan ada juga pemikiran UMNO. Baju aje blogger Pakatan Rakyat tapi hidup dan cara berfikir tak saling tumpah macam UMNO.
Husam cool aje dalam hal ini, walaupun ada sedikit terasa..

Husam telah membuat kenyataan media meminta isu beliau tidak dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hanya macam biasa ada sedikit Husam tak puas kerana dia tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan dalam hal ini. Mengikut Husam sepatut adakan mesyuarat dulu di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu.

Yang lain-lain tak payah nak tambah "COLOUR" dan jangan babit kumpulan itu kumpulan ini seolah-olah ada konspirasi besar nak jatuhkan Husam... NI MESTI ADA UG KELANTAN KE!!!

Tak hairanlah satu kajian post-mortem PAS sebelum ini (2008) ada menyebut 5% punca kekalahan PAS melibatkan individu tertentu adalah disebabkan persepsi buruk blogger pakatan rakyat sendiri.

Saya tak tahu berapa peratuskan peranan blogger Pakatan Rakyat menyumbang kepada kekalahan PAS Kedah.. Kalau kita anggap PAS Kedah itu ISLAM DAN PERJUANGAN Islam adakah kita rasa kita tak bertanggungjawab disisi Allah dalam hal ini??

Melainkan kita anggap PAS KEDAH di bawah Ustaz Azizan tu SAMA MACAM UMNO.. kita berkewajipan menjatuhkannya. Sedar atau tak sedar semua kita akan dihitung setaip perbuatan kita. Kita boleh menegur tapi bukan menjadi kewajipan kita untuk menaik dan menjatuhkan seseorang.

Berikanlah Kelantan bergerak dulu dengan kepimpinan baru.. jangan kita rosakknya sebelum dia mula melangkah tapak!! (TKO)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MSO pada pandangan aku hanyalah seorang yang mencari duit menerusi penulisan... jadi penulisan banyak yang putar belit... ada suatu ketika MSO buat satu blog ttg husam... habis cerita2 yang tak diketahui umum mula diketahui... hasil dari penulisannya itu... banyak persepsi buruk terhadapa husam mula timbul... tapi blog tu terhenti lama hingga kini... tak tau ler sebab apa tiba-tiba terhenti... pernah juga suatu ketika MSO macam setuju dengan idea Hj Hadi ttg UG.... tapi bila nampak macam dah tak boleh nak pertahankan idea Hj Hadi, mulalah u-turn... itulah MSO pada pandangan ku...