Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 23, 2013

BEKAS HAKIM INI SEBENARNYA IDEA BELIAU MEMANG BAGUS.

Setelah membaca episod kedua dari MalaysiaKini berkenaan kenyataan oleh bekas Hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah, maka saya berpendapat, apa yang diperkatakan oleh beliau itu, ada betulnya. Kepada sesiapa yang belum baca episod dua, sila ke sini; 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar'

Pada episod pertama, daripada 3 isian yang beliau nyatakan, saya setuju 2. Satu isian yang mengatakan Cina khianat Melayu, itu saya tidak boleh terima.

Tetapi, isian yang keempat ini, berkenaan cadangan beliau untuk merizabkan tanah untuk orang Melayu di bandar, di kawasan petanian, di kawasan pelancongan, itu memang saya bersetuju.

Cadangan beliau untuk mengukuhkan ekonomi orang Melayu juga adalah satu langkah yang bernas dan masuk akal. Lebih-lebih lagi, cadangan beliau untuk meramaikan umat Islam di bumi Malaysia ini, lagi elok kita fikirkan.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari yang kusut sebelum ini adalah, bekas hakim ini sebenarnya adalah seorang manusia yang sungguh mengambil berat akan permasalahan umat Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mungkin introduksinya adalah lari sedikit dengan menyalahkan orang cina, tetapi apa yang saya nampak, beliau sebenarnya menghentam umno yang dengan jelas, tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menaik taraf hidup orang Melayu.

Di bandar Kuala Lumpur, yang hanya tinggal tanah milik orang Melayu adalah Kampung Baru. Itu pun sedang didalam proses untuk penghapusan sedikit demi sedikit oleh puak umno untuk kepentingan perut masing-masing.

Dahulu, ada banyak kawasan setinggan di bandar KL. Dimana, ianya sekarang sudah dihapuskan 100% oleh pihak DBKL. Tahukah anda semua, sebenarnya kewujudan rumah setinggan ini adalah atas usaha bekas MB Selangor dahulu, yang menginginkan agar orang Melayu mendapat tanah didalam bandar KL. Tetapi, usaha beliau itu disesiakan, oleh orang melayu umno sendiri.

Sekarang, orang Melayu bandar, hidup dalam kemiskinan. Tinggal di rumah PPRT, rumah pangsa yang bertingkat-tingkat yang tiada tanah.

Sebenarnya, orang Melayu yang menetap di bandar, sudah mempunyai kekuatan ekonominya sendiri dengan berniaga kecil-kecilan. Terutama berniaga makanan. Berniaga di pasar malam, pasar harian dan sebagainya, orang Melayu bandar sudah biasa dengan perkara itu. Sekarang ini, generasi kedua, iaitu anak kepada 'tokey' gerai kecil-kecilan, sedang didalam proses mengambil alih perniagaan keluarga mereka. maksudnya disini, empayar kecil perniagaan orang Melayu, sedang berkembang.

Maka disini, atas kapasiti Pakatan Rakyat yang telah memenangi Selangor untuk sepenggal lagi, maka satu mekanisma untuk mengukuhkan emapayar kecil perniagaan Melayu ini perlu dipupuk semoga ianya menjadi satu empayar yang besar. Isian roh Islam juga harus ditiupkan semasa didalam proses ini, agar empayar perniagaan Melayu ini bukan bergelar mepayar perniagaan nasionalis, tetapi lebih kepada empayar perniagaan Islamis. Kenapa Islamis? Kerana kita tidak mahu kapitalis menjadi anutan kepada Melayu yang berjaya didalam perniagaan ini.

0 ulasan: