PRU13; KISAH BENAR LAGI, PERLU BACA.
Semalam, hari penamaan calon. Saya tidak hadir. Pertama-tama kalinya
dalam PRU dan PRK, saya tidak hadir ke hari penamaan calon. Bukan sebab
boikot calon. Bukan kerana menganggap pergi ke penamaan calon
beramai-ramai adalah kerja sesia, tetapi kerana anak sulong saya yang
darjah 1 buat julung kalinya, sekolah beliau ada hari sukan.
Jadi, untuk menjadi ayah yang support anaknya dialam persekolahan, maka saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai ayah untuk hadir dan memberi semangat kepada beliau untuk bersukan.
Namun, artikel kali ini, bukan hendak saya tujukan tentang saya tidak hadir ke penamaan calon, tetapi saya hendak menasihati kawan-kawan pekerja jemaah dan PR, untuk membuat kerja pilihanraya ini dengan terfokus dan efektif. Jangan buat kerja-kerja yang tiada faedah untuk memenangkan calon.
Malam semalam, hati saya panas. Sungguh panas. Kerana saya telah ditipu. Atau lebih tepat, sudah salah sangka terhadap arahan yang diberikan. Ketua Cawangan telah mengarah untuk saya pergi ke Kalumpang, kerana ada ceramah dari calon yang bertanding.
Maka saya bertanya, hadir ke sana untuk semata-mata dengar ceramah atau buat kerja persediaan ceramah? Kerana saya kata, bukan kerja kita sebagai jentera pilihanraya untuk mendengar ceramah PAS. Kerja kita adalah untuk memenangkan calon. Maka dijawab oleh ketua, untuk diberi taklimat kepada pekerja jemaah dalam perlaksanaan jentera pilihanraya.
Maka saya pun menurut perintah.
Namun, bila sampai sahaja disana, apa yang saya tidak mahu lakukan telah 'terpaksa' dilakukan. Pergi ke sana hanya semata-mata dengar ceramah. Adoilah, sudahlah naik kereta bersama-sama, saya sudah tidak boleh balik untuk melakukan kerja lain untuk memenangkan calon.
Buat apalah jentera pilihanraya pun terhegeh-hegeh dengar ceramah. Ceramah ini adalah untuk pengundi atas pagar. Biarlah mereka yang difokuskan pergi dengar ceramah. Bukan kerja kita (jentera) untuk sibuk-sibuk dengar ceramah PAS.
Dalam hati saya, lebih baik saya buat kerja klip poster calon pada tali. Ada juga faedahnya dar dok melangut dengar ceramah yang kita sudah tahu lama dah.
Tetapi, apa-apa pun, saya bersyukur juga pergi ke ceramah itu semalam, jumpa dengan ketua UPU Kuala Kalumpang, berdiskusi dengan beliau, untuk membuat kerja meraih undi di Taman Rajawali. Takkan hendak mengharapkan Muslimat sahaja.
Dan alhamdulillah, dengan panduan culaan dan peta untuk lokaliti tersebut yang telah dibuat sebelum PRU. Kerja dari jam 10.00pg hingga 11.30pg, 11 buah rumah atas pagar telah berjaya di raih undi. Lihat mata kasar 9/11 rumah seperti kearah PR. Lagi 2 macam negatif terhadap PR. Adalah lebih kurang 40 pengundi disitu yang dapat diraikan.
Barulah kerja efisien, terus dari 2 mata ke mata kita berjumpa pengundi yang akan mengundi di DUN Hulu Bernam. Ni yang buat semangat untuk memenangkan PR di Hulu Bernam nih.......

Ulasan