Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, April 17, 2013

DUN HULU BERNAM; JIKA HENDAK MENANG, MESTI ADA 49% UNDI MELAYU


Jika PR hendak menang di DUN N05 Hulu Bernam, PR mesti ada sekurang-kurangnya 49% undi dari orang Melayu. Mahu tidak mahu, jentera peraih undi, perlu menumpukan segala usaha untuk meraih undi kepada penyokong atas pagar Melayu.

Tidak semestinya dalam culaan rumah ke rumah yang dibirukan kita tidak boleh langsung untuk meraih undi, ada juga tempat-tempat dimana rumah itu kuat umno, tetapi yang kuat hanyalah ketua rumah itu. Tetapi isterinya masih boleh lagi diberikan penerangan agar mengundi PR.

Bagaimana hendak tahu, peraih undi perlulah berbincang dahulu dengan tok4 yang berada disitu, kerana tok4 adalah ketua kampung yang tahu segala-galanya ditempat beliau. Tolong libatkan orang tempatan, pergi bersama-sama meraih undi. Jangan sekali-kali pergi tanpa orang tempatan, kerana ini akan mengundangkan rasa tidak senang orang kampung terhadap kita.

Mengapa saya katakan perlu ada 49% undi Melayu. Ini adalah kerana, saya telah membuat sifir mudah dalam pengiraan saya.

Pengundi di Hulu Bernam ada 20,725 pengundi.

13,896 (67%) adalah Melayu

3,446 (17%) adalah Cina

2,900 (14%) adalah India

483 (2%) adalah lain2.

Sejak PRU10, peratus keluar mengundi di DUN ini adalah sekitar 80%. Oleh itu, saya ambil pukul rata yang akan keluar mengundi adalah dalam kadaran 80% setiap bangsa.

Oleh itu, yang akan keluar mengundi adalah 16,580 orang, dengan pecahan undi

Melayu 11,117

Cina 2,756

India 2,320

Lain-lain 386

Maka, untuk menang, PR mesti ada 8,291 orang untuk menang mudah 1 undi.

Mengikut ramalan yang dibuat oleh DAP, di Selangor, diramalkan pengundi Cina adalah 80% akan berpihak kepada PR, manakala pengundi India Selangor, PR mengatakan lebih kurang 40% orang India menyebelahi PR. Namun saya agak skeptikal terhadap undi India ini, oleh itu saya buat ralat dengan menyatakan bahawa 30% undi India sahaja yang akan dikecapi PR.

Oleh itu, dengan kadaran di atas, kita boleh melihat bahawa jumlah undi yang akan diperolehi adalah;

Cina 2,204 (80%)

India 696 (30%)

Manakala, lain-lain saya letakkan 100% memberi undi kepada bn.

Dengan angka diatas, maka jumlah undi diperolehi adalah 2,900.

Untuk mencapai 8,291 pengundi, PR perlu ada 5,391 undi. Atau lebih tepat, 5,391 undi Melayu. Dalam peratusannya;

5,391/11,117 x 100% = 48.5% ~ 49%

Ini sifir mudah. Tetapi, dengan sifir mudah ini, diharap dapat membantu jentera di N05, DUN Hulu Bernam.

0 ulasan: