Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mac 07, 2013

LAHAD DATU; MEMALI 2?

L/Datu: Imam Maas & 4 Putera Di Bunuh. Memali2?


Pembunuhan di Memali 1985

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

TERSAYAT hatiku, bila membaca berita, pasukan keselamatan Malaysia membunuh seorang imam atau pemimpin agama Islam di wilayah Semporna, Sabah. Beliau dibunuh bersama empat orang puteranya. 

Imam ini dituduh membantu golongan pelarian beberapa orang keponakan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, atau dalam Islam disebut golongan muhajirin atau perghijrah, yang patut ditolong oleh puak-puak Ansar atau penolong terdiri dari rakyat tempatan.

Diberitakan situs ABS-CBN News, peristiwa ini terjadi Sabtu minggu lalu saat pasukan Malaysia tengah menggeledah lokasi, mencari anggota keluarga Kesultanan Sulu. Menurut jurucakap Kesultanan Sulu, 
  • Abraham Idjirani, yang tengah diburu adalah Datu Alianapia Kiram, adik Sultan, 
  • dan Datu Amer Bahar Kiram, keponakan Sultan.
Kedua Datu ini telah tinggal bertahun-tahun di Semporna, Sabah, dan tidak terlibat dengan pendudukan Lahad Datu yang dipimpin Raja Agbimuddin Kiram. 

Menurut Idjirani, masa itu pasukan Malaysia sedang menggeledah rumah orang-orang awam dan sampai ke kediaman Imam Maas. Kepada pihak polis atau tentera, kata Idjirani, imam ini mengaku telah melayani datu-datu tersebut. Maka Imam Maas dan empat puteranya dilenyapkan.

"Penjahat dalam konflik ini adalah pemerintah Malaysia. Bukan Kesultanan Sulu yang meningkatkan koflik, tapi pemerintah Malaysia. Jika polis Malaysia mempunyai toleransi, belas kasihan, maka mereka tidak akan melakukan tindakan ini," kata Idjirani.

Seorang imam lain juga dilaporkan luka-luka. Dalam berita lainnya oleh Malaya Business Insight, imam kedua itu tidak luka, tetapi terkorban. Namun, dakwaan Idjirani ini tidak dapat dibuktikan, kerana, tidak ada laporan dari pemerintah Malaysia mengenai hal ini. Situs-situs berita di Malaysia juga tidak memberitakannya.

Idjirani juga mengatakan,rakyat Filipina di Semporna bukanlah ahli pasukan kesultanan pimpinan Agbimuddin, yang sepatutnya mereka tidak boleh diapa-apakan. Katanya juga, kini, banyak orang Sulu yang berangkat dari Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan Semenanjung Samboanga telah masuk ke Malaysia. 

Mereka, jelasnya telah berada di Sabah dan ikut menyaksikan pemakaman pengikut-pengikut Agbimuddin. Pejabat berita di Mindanao, Minda News, melaporkan mangsa korban mencapai 27 orang. 
  • Sebanyak 14 di antaranya adalah orang Sulu, 
  • 7 tentera Malaysia, 
  • seorang pemilik rumah tempat Agbimuddin tinggal di desa Tanduo, 
  • dan Imam Maas 
  • dan 4 putera Imam Maas.

Tertempah Memali 2 di Lahat Datu?

Begitu berita yang ku baca, antaranya di Vivanews Indonesia sedangkan media massa Malaysia, hari-hari menyebut mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Hal ini membuat seolah-olah bukan lagi,luka lama berdarah kembali, bahkan ditancap atau diciptakan luka baru di atas luka lama.
 
Ustaz Ibrahim Libya.
  
Itulah luka ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. 

Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan. Beberapa anggota Polis Hutan Kerajaan Malaysia mati.(Lihat pengalaman Ibnu Hasyim dalam Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memal...)  

Hampir sama dengan peristiwa Lahat Datu ini.. Sama-sama ustaz yang diserang dan dibunuh! Sama-sama dituduh pengganas yang disaluti fitnah. Dilakukan oleh kerajaan sama, yang mengulangi kesilapan sama. Apa bolehkah dipanggil 'Tragedi Memali 2?
Sekian, Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

06 Mac 2013
KL

0 ulasan: