KERJASAMA PROTON HONDA; SIAPA RUGI?
Artikel yang menarik, cuba baca;
Kalau sebelum ini, Proton (Proton
Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal
kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum
Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010. Tetapi…
Tetapi…..Kerjasama
Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang
dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya
kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player” yang
mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan
mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia.
Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton,
sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan
pembuat kereta tempatan seperti Proton.
Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd.DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai. Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM).Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.
Senario
yang berlaku antara Mitsubishi-Proton sememangnya tidak sama dengan apa
yang diwar-warkan baru-baru ini melibatkan apa yang dikatakan kerjasama
rakan strategik antara Proton-Honda. Persoalannya di sini…
- Mahukah Honda berkongsi platform dengan “small player” ataupun ikan kecil dalam industri automotif seperti Proton?
- Jikalau sama-sama “big player”, semestinya banyak untung yang diperolehi oleh kedua-dua pihak baik Honda mahupun “ikan jerung” yang satu lagi disebabkan mampu hasilkan model untuk skala yang besar ke seluruh dunia.
- Jadi apa yang Honda dapat daripada Proton sebenarnya?
Ya…benar.
Untuk buat & hasilkan kereta Honda mereka, agak logik untuk JV
dengan DRB bagi menggunapakai kemudahan di Tanjung Malim. Tetapi untuk
JV dengan Proton, buat model baru dengan platform Honda Accord
contohnya……..untuk apa Honda buat begitu? Tiada untung pun. Syarikat
besar seperti Honda lebih mengutamakan pengeluaran secara besar-besaran,
tiada “scale model” yang kecil untuk “niche market” seperti Malaysia.
- Satu lagi, HONDA MALAYSIA tiada sebab pun untuk rebadge Honda Accord mereka contohnya.
- Hakikatnya, Honda tidak pernah rebadge kereta mereka kerana Honda (mengikut sejarah) tidak akan rebadge model mereka dan letak lambang Proton contohnya.
- Honda dikenali sangat kedekut untuk “transfer knowledge”
- Kalau sudah bekerjasama dengan Honda, tetapi buat kereta Honda, di mana peranan Proton sebagai pembuat keretanya terutamanya dalam kerjasama ini?
Kami pasti
dan yakin ramai yang teruja dengan pengumuman ini. Oleh itu, kita
ketepikan seketika pengumuman daripada laporan akhbar mengenai hubungan
kerjasama strategik ini. Mereka boleh umum “bulan dan bintang” tetapi
kita mesti bersandarkan kepada fakta di mana :
Kami lebih suka bercakap berdasarkan kajian dan realiti …
- Kami rasa kebanyakannya tahu bagaimana Honda buat bisnes di seluruh dunia, di mana mereka mampu membuat pengeluaran kereta yang jauh lebih besar ke seluruh dunia, jauh lebih besar daripada Proton.
- Oleh itu, berikan satu contoh HONDA pernah “joint venture (JV)” dengan “small player” bagi menghasilkan bilangan pengeluaran yang kecil dan rendah?
- Ada atau tiada?
Buat
apa, Honda nak besarkan kilang mereka di Melaka. Lebih baik, mereka
gunakan kemudahan di Tanjung Malim yang hanya 30% beroperasi.
Apa yang dikatakan kerjasama ini hanya akan untungkan DRB-HICOM & juga Honda yang akan menggunakan guna kemudahan di Tanjung Malim bagi menghasilkan model Honda. Proton? Ehemm…..
Itu
sebabnya, banyak beza apabila Proton yang boleh dikatakan berada di
landasan yang betul sebelum ini sebagai pembuat kereta, berbanding
dengan mereka yang hanya mengeluarkan peralatan OEM. Dalam industri
automotif, adalah amat tidak efisien dan membazir bagi pengeluar kereta
menumpukan untuk buat peralatan OEM sendiri tanpa “outsource” kerja
tersebut kepada syarikat luar.
- Dan itulah bencana yang dihadapi PROTON ketika ini
- Syarikat yang buat kereta dengan “turnover” berbillion setahun kena telan dengan syarikat kecil yang hanya tahu pasang/jual kereta. Pasang dengan buat kereta, sangat ja…uhhhh bezanya.
Sangat
sangat sangat malang bagi PROTON dan seluruh rakyat Malaysia jikalau
segala pelaburan dan harapan selama ini berakhir dengan hanya sekadar
menjadi pengeluar tulen OEM (buat spare part/alat ganti honda seperti
oil filter, timing belt, dll). Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan
setakat pada tahun 1995, kerajaan Malaysia telah menyalurkan subsidi sekitar RM17 bilion kepada Proton.
Oleh itu, kami dapat merasakan, halatuju Proton selepas ini adalah “rebadge, rebadge dan hanya menjadi pengeluar peralatan OEM semata. Bukan lagi, gelaran “pembuat kereta” selepas ini….
Untuk
menjadikan Proton maju, bukan dengan cara dengan downgrade menjadi
pengilang OEM (original equipment manufacturer). Seperti yang kami
katakan di atas tadi, rancangan DRB-HICOM bukan untuk menaikkan Proton
tetapi lebih kepada menguntungkan DRB Hicom secara keseluruhannya.
Menjadikan Proton sebagai hamba untuk menaikkan bisnes DRB-HICOM yang
sedia ada.
- Pertama : DRB HICOM telah juga mengumumkan pelan pembangunan hartanah “ kilang Proton Shah Alam” pada skala RM5 billion lebih! DRB Hicom untung banyak di situ di atas pelaburan mereka membeli Proton & memindahkannya ke Tanjung Malim. Di mana rancangan mereka untuk naikkan Proton?
- Kedua : JV (sebenarnya bukannya JV pun sebab DRB Hicom memang memegang franchise Honda Malaysia) kononnya untuk kebaikan Proton. Sedangkan mereka mahu buat peralatan tulen OEM untuk Honda dan bolot semua pembekal peralatan & komponen Proton sebelum ini secara terhormat. Dan kami ulangi sekali lagi, di mana usaha DRB Hicom untuk menaikkan Proton?
- Ketiga : Jikalau mereka serius nak majukan Proton, mereka tidak akan batalkan semua projek R&D Proton (benda yang pertama mereka buat) masa mereka mula-mula ambil alih Proton!.
- Mana-mana pembuat kereta tahu untuk mengeluarkan kereta bermula dari scratch memerlukan masa 3-5 tahun barulah boleh keluarkan dalam skala besar. Kalau R&D yang dah dibuat 5-10 tahun lepas dibatalkan, maka apa produk yang PROTON nak keluar untuk 5 tahun akan datang? Jikalau nak keluar rebadge sekalipun perlu 2-3 tahun baru boleh “roll out finish product”
Pasaran
& jualan produk Proton is tidak cukup untuk mengekalkan cengkaman
mereka dalam industri automotif. Letaklah enjin F1 Petronas sekalipun,
apatah lagi apabila AFTA bakal dilaksnakan kelak. Bagi kami pemilihan
Honda sebagai rakan JV amat tidak tepat kerana ianya hanya akan
meranapkan Proton dengan lebih cepat.
Ulasan