ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT KAMI.

Salam kepada gejuis semua. Sudah lama saya tidak bergejuis. Lebih kurang 2 minggu agaknya. Bukannya apa. Hendak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cumanya, saya baru mempunyai cahayamata yang keempat, pada hari raya haji lepas.

Tepat jam 2.25 petang, di hospital Selayang, hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1433, isteri saya selamat melahirkan anak ke empat kami. Seorang mujahidah. Berat 4.02kg. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal. Saya, yang baru hendak memakai baju melayu, untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha, tiba-tiba dikejutkan isteri saya, bahawa beliau telah merasai tanda untuk bersalin.

Mulanya, saya bercadang untuk menyelesaikan solat Aidiladha dahulu, tetapi dilarang oleh ibu saya. Beliau mengarahkan saya terus untuk ke hospital. Dan itulah yang telah saya lakukan.

Saya juga tidak berpeluang untuk solat Jumaat, hanya menunaikan solat Zohor. Bukan sengaja tidak mahu bersolat Jumaat, tetapi ietri sedang sakit untuk meneran melahirkan anak. Jam 1.30tengahari, meneran kali pertama. Tidak berjaya. Kemudian saya kata kepada isteri, hendak menunaikan solat Zohor dahulu. Tetapi isteri memohon saya berada disebelahnya, kerana dia tahu, beliau hendak melahirkan anak tidak lama lagi.

Jam 1.50, membuat cubaan kali kedua. Bidan telah mencadangkan agar isteri mneran untuk mengeluarkan anak kami dari rahimnya. Namun tidak berjaya. Setelah melihat isteri saya tidak berjaya melahirkan lagi anak kami, maka saya sudah terperasan, bahawa terdapat sesuatu perkara yang berdosa, dimana-mana. Dan yang pasti, saya telah melengahkan solat Zohor. Dan saya tahu, saya sekarang dibolehkan tidak bersolat Jumaat, kerana baru sekali, dalam keadaan darurat, tidak melakukan Jumaat.

Sebelum saya mengeluarkan kata untuk bersolat Zohor, isteri saya telah memesan agar saya pergi menyelesaikan solat Zohor terlebih dahulu. Alhamdulillah, isteriku mnengerti.

Sesudah saya bersolat Zohor, saya berdoa kepada Allah, seperti biasa saya berdoa, kecuali ada satu perkara lagi yang saya tambah. Iaitu, saya telah doakan, bahawa saya redho dengan isteriku. Saya telah memaafkan segala dosa beliau terhadap suaminya ini. Jika ada apa-apa yang telah beliau sakiti hati saya, saya telah memaafkan dan saya redho dengan isteri saya. Memang doa saya ketika itu adalah seikhlas-ikhlasnya, kerana sayang dan kasihan melihat isteri yang terseksa hendak melahirkan anak kami.

Walaupun dalam hati saya ini, memang tiada berbekas merasa beliau ada dosa dengan saya, namun saya tidak pernah berdoa dengan Allah SWT, bahawa saya telah redho dengan isteri saya. Memang saya tidak pernah sebut. Itu adalah dosa saya.....

Setelah selesai berdoa, saya ke tandas dahulu untuk membuang air kecil. Setelah keluar tandas, saya ke bilik bersalin. Katil nombor 6. Ketika masuk, saya melihat ada 2 bidan, dan isteri saya sedang meneran untuk proses pengeluarkan anak didalam kandungannya.

Dan dengan jelas, saya dapat melihat, 1/4 kepala anak saya sudah terkeluar. Allahuakbar! Saya terus memberi kata semangat kepada isteri dan akhirnya, selamatlah isteri ku bersalin melahirkan anak kami yang ke empat ini.

Seorang muslimat, mujahidah, yang diberi nama Nur Aisyah. Selamat lahir anakku yang ke empat......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?