GAJI MINIMA BOLEH HAPUSKAN KEMISKINAN?

Ramai manusia berbincang berkenaan dengan gaji minima. Ada kumpulan bercadang gaji minima adalah RM900 dan ada juga kumpulan mahukan gaji minima adalah dalam lingkungan RM1100. Yang mula-mula memperjuangkan gaji minima dahulu adalah MTUC. Mereka mahukan semua tenaga buruh mendapat gaji yang membolehkan mereka bebas dari taraf kemiskinan.

Apa yang dicadangkan mereka secara rohnya adalah bagus. Kesemua mereka, mencadangkan gaji minima ini hanya semata-mata mahu melihat golongan pekerja mendapat gaji yang membolehkan mereka hidup dengan tidak menjadi miskin. Namun, saya rasa, cara ini adalah tidak berkesan.

Hanya semata-mata, membuat dasar dan polisi gaji minima, tidak akan menjuruskan kepada terhilangnya golongan pekerja yang miskin. Saya tidak nampak gaji minima akan menghapuskan kemiskinan.

Apa yang saya lebih nampak ialah, untuk menghapuskan kemiskinan secara total, nilai matawang RM perlu dikukuhkan.

Kenapa?

Untuk merendahkan harga barang.

Apa kaitan?

Jika harga barang menjadi rendah, maka nilai wang yang diperolehi dari gaji juga akan bertambah.

Contoh.

Sekarang, matawang RM bersamaan dengan USD3.05. Maka barang-barang keperluan eksport import semuanya berkadaran kepada nilai itu. Namun, jika RM diperkukuhkan kepada USD2.00, maka dengan sendirinya, segala urusan jual beli eksport import telah menjadi lebih murah 50% daripada hasil nilaiannya. Oleh itu, dengan sendiri, harga jualan barang-barang dapat dikurangkan kepada 50%.


Kaitannya banyak. Kita ambil contoh tepung.

gelandangan.....
Kita andaikan, tepung gandum. Gandum diimport 100% dari luar. Dengan RM yang diperkukuhkan, maka pembelian gandum dari luar akan dikurangkan harga sebanyak 50%. Mesin kilang memproses gandum juga akan berkurangan lebih kurang 50% kos operasinya kerana bahan bakar yang diperolehi juga sudah semestinya telah dikurang kos kepada setengah. Kelengkapan mesin, bahan mentah dan juga kos elektrik juga pasti akan menjadi lebih rendah.

Maka, dengan mengekalkan emolumen pekerja, sudah pasti kos untuk menghasilkan tepung gandum menjadi lebih rendah. Oleh itu, sudah semestinya tepung gandum boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan ianya akan menjurus kepada merendahkan harga kuih muih dan yang terpenting, merendahkan harga roti canai sehingga RM0.50 satu.

Cuba bayangkan, seorang yang bergaji RM900 sebulan, namun kos kehidupannya ialah, harga roti canai 50 sen sekeping, gula sekilo RM1.25. Harga beras 10kg RM10, setin susu boleh dibeli dengan 60sen, harga petrol menjadi seliter 90sen, harga sewa rumah 3 bilik RM190 sebulan di tengah-tengah KL. Dengan terwujudnya gaji minima, dan pengukuhan nilaian RM, maka, hanya dengan RM900, saya yakin, kehidupan pekerja itu akan lebih terjamin dan dapat menghapuskan kemiskinan kepada sebilangan besar masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?