Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, September 14, 2012

MELAYU YANG TIDAK BERSULTAN.

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan.

Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port.

Ayah saya pula, adalah seorang Melaka. Bukan bandar Melaka, tetapi Melaka di Jasin. Kampung Terentang. Oleh itu, ayah saya memang sah, seorang Melayu yang sudah tiada Sultan lebih dari 1/2 kurun.

Keturunan manusia, sejak azali, adalah dikuatkan sebelah lelaki. Dengan itu, disebabkan ayah saya tiada Sultan, dan saya juga tiada Sultan, maka jadilah saya ini seorang Melayu yang tidak berSultan. Maka, adakah saya dianggap kurang Melayu daripada orang Melayu yang lain.

Yang pasti, saya bukan mamak seperti Tun Mahathir. Bukan keturunan Arab seperti Syed Albar dan bukan berkuturunan Cina seperti Salahudin Ayub. Saya adalah seorang Melayu. Tetapi tiada berSultan.

Walaupun saya seorang Melayu tiada berSultan, namun, salasilah ayah saya ada sangkut paut dengan Yamtuan Negeri Sembilan. Itu apa yang dikatakan oleh sepupu saya yang suka dan gemar mencari salasilah keluarga. Namun, walau apa pun, saya masih ingin menyoal Melayu di Tanah Melayu ini, Melayu yang tiada berSultan, adakah Melayunya lebih rendah dari Melayu yang ada Sultan?