PR SELANGOR = BN SELANGOR ?

Perangai EXCO DAP membuatkan PAS akan susah untuk mendapat kemenangan kerusi DUN Selangor pada PRU13 nanti.

Saya tidak tahu apa masalah Ronnie Liu yang cap ayam itu hendak menyibuk-nyibuk dengan satu papan tanda yang dibuat oleh Majlis Daerah Kuala Selangor di panggung wayang.

Akan lebih senang dan betullah apa yang disebut oleh jeneral JATI Hassan  Ali dengan selalu yang disebutnya bahawa DAP dalam kerajaan Selangor adalah golongan yang tidak suka syariah Islam.

Kepimpinan PAS Selangor yang duduk membisu tentang isu ini diharap boleh bercerita dengan tegas dan membuat pendirian yang konkrit agar dakwah sekecil ini dapat dilaksanakan di negeri Selangor.

Kenapakah tiada seorang manusia pun di dalam kepimpinan PAS yang membuat statement tentang perkara ini? Atau saya terlepas pandang dan memang disuruh kepimpinan untuk isu ini dibisukan?

Perkara kecil ini pun dilihat tidak mampu dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk berdakwah kepada orang Islam supaya jangan berkhalwat didalam gelap panggung wayang, apalagi dengan benda yang lebih besar seperti hudud? BN memang jahat, takkan PR pun nak jadi jahat juga?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?