Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Jun 09, 2012

PTPTN UTK KEPENTINGAN MELAYU? KHALID SHAH ALAM PUN SAMA BODO.

Sebelum baca apa saya nak cerita, hang pa baca dahulu komen si mamat ni (Tindakan Khaled sekat PTPTN Unisel bukti Umno tak pentingkan Melayu).

Nak kata kurang cerdik, dia orang PAS. Namun kePASannya boleh diragui kerana lebih kepada IRC.

Itu saya tak kisah. Mamat Shah Alam ini parasit ke, apa ke, saya tak kisah. Tetapi, apa yang dia sebut ni serupa juga kenyataan bodoh beliau semasa isu gereja dahulu. Serupa cap ayam togey.

Bila masa lah pulak PTPTN ini menjurus kepada kepentingan Melayu? Apa kes ni? Boleh masuk akal ke PTPTN yang diberi kepada pelajar untuk berhutang seawal usia 18 tahun, hanya kerana keperluan mereka untuk belajar di menara gading, adalah satu perkara yang menjurus kepada kepentingan Melayu?

Piirah mabuk!

Dalam 3 Khalid, seorang Khalid sahaja yang boleh harap. Khalid Ibrahim. MB Selangor. Khalid Shah Alam dan Khaled umno, memang tak boleh buat pemimpin. Cakap pakai tabur. Asal ada cerita, mulut bersepah cakap, walau isi macam sampah sarap.

Apa-apa pun, kita mesti perbetulkan fikiran kita. PTPTN ini BUKAN bantuan kepada pelajar menara gading, tetapi ianya adalah BEBANAN kepada mereka dan masa depan mereka. Pinjaman mereka, perlu dibayar balik dengan bunga-bunga dan daun-daunnya sekali. PTPTN ini adalah Ah Long besar yang di lesenkan oleh umno. Untuk apa? Untuk kayakan tokey-tokey IPTS yang bersepah di dalam negara Malaysia.

Tolonglah Khalid Samad, hang pi buat cerita lainlah..... malas saya melayannya.....

2 ulasan:

mountdweller berkata...

Satu baka sama Hasan akidah juga rupanya

Mazwandi Mustaffa berkata...

He, he.
Asal kata parasit je kata baka Hassan Akidah.

Sebenarnya, parasit dalam PAS wujud dan nyata. Hassan Ali hanya mempergunakan parasit itu utk menghentam PAS.

So, sesiapa hendak mengetahui parasit dalam PAS itu apa, kena jadi ahli PAS dulu. Kerana ini adalah isu dalaman yg terlalu dalam.

Kami ahli biasa, sedang memerhati pemimpin fikrah IRC.....