Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Jun 17, 2012

KHAS UNTUK KHALID SHAH ALAM

Apa cerita cap ayam dibawa oleh Khalid Shah Alam ni? Buat kerja lain laa...

Dakwaan ‘ejen BN’: Khalid Samad silap langkah bergasak dengan Zamil Ibrahim


KEMASKINI : Kalau Khalid Samad jenis orang yang boleh menerima nasihat dan pandangan,rasanya elok sangat beliau lupakan saja Zamil Ibrahim.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu yang kini berebut jawatan dengan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Presiden parti KITA boleh buat Ahli Parlimen Shah Alam dan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu tidak nyenyak tidor.

Rakan-rakan politik yang mengenali Zamil berkata silap haribulan Khalid boleh jadi sasau kalau nak terus layan berperang dengannya.

Khalid mungkin sudah merasa dirinya hebat cuba membuat pendedahan video mendakwa Zamil ‘ejen BN’ untuk membeli Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Gwo-Burne Loh pada harga RM2 juta.

Dakwaan itu telah menjadi bahan bualan lucu dikalangan orang politik sejak tersebarnya berita mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh Khalid dan beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang di bangunan Parlimen Khamis.

Dalam sidang akhbar itu mereka tayang klip video yang dirakam secara sulit perbincangan yang didakwa urusan ‘membeli’ Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Zamil diketahui tidak pernah rapat dengan mana-mana pemimpin utama UMNO dan hanya mempunyai hubungan dengan sebilangan bekas rakan PKR yang meninggalkan parti itu.

Beliau sendiri tidak menyertai UMNO semasa bertindak keluar dari PKR sebaliknya memilih menyertai parti KITA pimpinan Zaid.

Cuma Zamil tidak menyembunyikan misi hidupnya kini ialah membelasah PKR yang dianggapnya parti yang boleh menghancurkan negara.

Beliau kini tampil sebagai Lone Ranger yang akan tembak dan terus tembak apa yang didakwanya kongkalikong Datuk Seri Anwar Ibrahim & geng.

Khalid nampak sudah silap tembak.Petang Jumaat seperti yang dijanjikan Zamil ‘angkat senjata’ mengadakan sidang akhbar di Sungai Petani untuk menjawab dakwaan Khalid.

Antara yang menarik Zamil selamba mendedahkan Khalid sendiri pernah mengadakan pertemuan denganya selama dua jam di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas.

Beliau juga mendakwa pernah mengadakan pertemuan dengan sebilangan wakil rakyat PKR yang maki hamun dan tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Juga dakwanya ada diantara mereka yang jumpanya untuk ‘ jual diri’.

Jangan kata takut berdepan dengan dakwaan itu,malah Zamil mencabar Khalid untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Ahli Parlimen pembangkang.

Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Anwar pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional hingga mengejar mereka ke Taiwan semasa isu 16 September 2008.

"Saya nak ingatkan dia banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.

"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya.

Zamil juga kata jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah dirinya beliau tidak salah.

“Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," katanya.

Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Ahli Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan di restoran dan dihadiri pemandu.

Katanya, UMNO dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli.

"Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

"Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolak mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.

"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih," katanya.

Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam PAS dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/06/dakwaan-ejen-bn-khalid-samad-silap.html#ixzz1y1HoV5tw

0 ulasan: