Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Jun 08, 2012

BALIK KAMPUNG

Balik kampung.

Cuti sekolah je, balik kampung.

Tapi, cuti Sabtu Ahad tiap minggu, pun balik kampung. Namun, bahasa sebenarnya, balik bandar.

Kenapa mahu bercerita balik kampung hari ini?

Sebab, saya dan keluarga baru sampai ke rumah dari Terengganu.

Ya, Terengganu, sebuah negeri yang mengaku beriman. Terengganu Darul Iman. Kampung halaman isteri. Batu Enam.

Sementara untuk ke Batu Enam atau balik dari Batu Enam, akan singgah semalam di rumah kakak ipar di Kuantan. Kiranya, transitlah. Tidaklah letih pemandu kereta Odyssey yang dah tua itu. Dari rumah ke Kuantan, 2 jam setengah. Dari Kuantan ke Batu Enam, kira 4 jam, ikut pantai. Ya, semestinya ikut pantai, kerana adalah menjadi kewajiban saya dan keluarga, akan berhenti makan di Kelulut, Marang.

Kenapa Kelulut? Kerana disitu adalah tempat dating yang pertama saya dengan isteri tersayang. Nostalgia. Diulangi, tempat pertama saya dan isteri berdating. Bukan tempat pertama saya dan bakal isteri, tetapi, tempat pertama saya dan isteri berdating. Kami bercinta selepas kahwin..... :)

Kenapa balik kampung di Terengganu?

Sebab ada anak saudara bernikah. Tumbang seekor lembu. Dan kerja kebiasaan saya, potong daging lembu jadi ketul-ketul kecil. Nak melapah tidak reti. Apalagi menyembelih.

Dan juga, seperti kebiasaan, saya akan mengurus bahagian membasuh pinggan mangkuk semasa majlis kenduri itu. Kerana apa? Kerana saya suka main air....

Seperti biasa juga, baldi dan besen akan diusaha sendiri dicari di segelinap rumah dan kampung, kerana untuk kerja pembasuhan pinggan mangkuk yang sempurna, mesti ada 5 baldi dan besen. 3 untuk pinggan, 2 untuk gelas. Dan juga seperti biasa, pihak 'penganjur' akan menyediakan span, berus dan sabun basuh. Dan juga seperti biasa, selepas habis proses pembasuhan, saya dengan letihnya akan meninggalkan baldi dan besen itu di tempat pembasuhan, kerana tahu, pasti akan ada tangan-tangan yang rajin untuk memulangkan baldi dan besen itu ke tempat asalnya. Saya tidak rajin....

Berada di Batu Enam, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai ayah untuk membawa anak-anak ke pantai tiap-tiap petang. Untuk apa? Bukan untuk mandi, tetapi untuk makan dan bermain layang-layang. Anak saya suka main layang-layang.

Pada belah malam pula, saya dan sekeluarga akan turun ke Bandar Kuala Terengganu, untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan malam di kota darul iman itu. Dan seperti biasa, keperluan mengempiskan wallet akan berlaku ketika berada di tengah-tengah bandar......

(Bersambung)

0 ulasan: