Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Mei 12, 2012

UMNO VS BERSIH 3.0; MAINAN NOMBOR.

MSO kata 60,000. Utusan kata 120,000. Mainan nombor. Tempat berhimpunnya puak-puak umno baru semalam telah menjadi satu perlawanan nombor antara Bersih 3.0 dengan himpunan 24 tahun umno baru.

MSO kata Bersih 3.0 ada 250,000. Utusan kata ada 25,000. Itu perkara biasalah. Yang menjadi luar biasa jika utusan kata Bersih 3.0 ada 250,000 orang yang hadir.


Orang Malaysia kena faham, jumlah tidak mencerminkan apa yang akan keluar di peti undi. Percayalah....
Takpelah. Biarlah yang hadir itu 120,000 atau 60,000 manusia umno. Itu kita tidak kisah. Disini, saya mengambil keputusan untuk menyatakan bahawa biarlah angka rasmi kehadiran ulangtahun ke 24 umno baru itu adalah 120,000. Kebarangkalian itu adalah betul kerana Bernama ada melaporkan 2800 bas telah digunakan oleh umno baru untuk mengangkut manusia ke Stadium Bukit Jalil.

2800 X 40 orang satu bas. Jadinya 112,000. Betullah itu. Lagi 8000 datang sendiri.

Namun, apa yang memusykilkan saya ialah, kenapa Pak Lah dan anak-anak bekas-bekas PM dan Timbalan PM umno seperti tidak wujud? Takkanlah Pak Lah diberi kerusi dekat tengah-tengah stadium? Tengku Razaleigh pun tiada? Kot ye pun Tun Ghaffar sudah meninggal, kenapa tidak dijemput anaknya sebagai wakil TPM pertama dari parti umno baru?

Program malam tadi di Taman Melewar.
Malam tadi adalah sambutan ulang tahun umno baru ke 24. Oleh itu, sepatutnya, dipentas pun, berilah peluang orang-orang lama duduk sebaris kerusi dengan pemimpin umno baru. Cap ayam betullah.

Tetapi, terlupa pula saya. Masakan anak Tun Ghaffar Baba boleh ada bersama di Majlis itu, sedangkan beliau berada di sini (lihat gambar):

0 ulasan: