Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mei 21, 2012

SEEKOR IRSHAD MANJI

Saya rasa, semua masyarakat Melayu tahu, bahawa Irshad Manji ini adalah seekor manusia. Bukan seorang. Atau lebih tepat, msyarakat Melayu yang membaca. Saya juga rasa, semua umat Melayu tahu, bahawa Irshad Manji ini adalah seekor manusia yang mengarut, membuat cerita tentang Islam dengan pena iblisnya. Baik umno, PAS, PKR atau tidak berparti, semua tahu beliau seekor manusia yang membawa ajaran iblis kepada umat manusia.

Namun, yang membuat saya marah, adalah satu ayat datangnya dari sebuah organisasi pemberitaan nasional, yang menulis seperti dibawah;

Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini. (baca sini)

 Pertama kalinya, saya hendak menjelaskan, mengikut pendapat peribadi saya, bahawa, kelantangan umat Islam untuk tidak membenarkan seekor manusia bernama Irshad Manji dari datang ke Malaysia kerana bukannya takut dengan ideologi songsang beliau akan memurtadkan umat Islam, bukan. Umat Islam tidak sebodoh itu.

Kami hanya menentang beliau kerana perbuatan beliau itu adalah sebenarnya satu jenayah berat terhadap Islam. Bukan setakat menghina, malah melakukan satu jenayah besar, mengfitnah, menipu manusia, memutar belit fakta dan berbangga dengan penipuan beliau itu. Itu yang kami amat marah.

Oleh itu, kepada mereka-mereka yang kononnya sedang berjuang untuk meliberalkan Malaysia, jangan buat kerja kurang cerdik.

0 ulasan: