Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Mei 19, 2012

HUDUD; PR PUN BODOH MCM BN.

Hari ini, dalam banyak-banyak cerita, saya ingin bercerita tentang hudud. Jika sesiapa yang tidak tahu hudud itu apa, hudud itu adalah ;
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

 - Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Senang cerita, hudud adalah hukum yang diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk melaksanakannya. Sesiapa yang tidak melaksanakannya, maka mereka itu telah memberontak terhadap Tuhan mereka sendiri, yakni Allah SWT.

Kisah hudud ini tiba-tiba menjadi meletup apabila Ustaz Harun Taib, yakni batang tubuh manusia yang hendak dihancurkan oleh parasit dalam PAS, menyatakan bahawa hudud masih lagi sebagai salah satu agenda utama dalam perjuangan PAS.

Seperti biasa, seorang Singh dari DAP dengan tegas telah mengkritik sekeras-kerasnya terhadap Ustaz Harun Taib dalam isu hudud itu.

Seperti biasa, rakan-rakan dalam PAS akan berkata, 'takpe, beliau bukan orang Islam, semestinyalah beliau tidak sokong hudud'. Saya kata, ayat itu ayat munafik. Sudah berapa tahun PAS menerangkan hukum Islam kepada beliau? Tetapi akal kemetotnya masih lagi tidak boleh menerima hudud sebagai satu undang-undang di Malaysia.

Beginilah, saya hendak bercerita kepada manusia yang boleh mengundi di Malaysia ini, kenapa Karpal begitu tegas jika ada seseorang manusia yang ingin mengetengahkan isu hudud? Kenapa? Jawapannya senang, bukan kerana disebabkan isian hudud itu, tetapi adalah kerana takut akan bayang-bayang seteru pilihanraya mereka, iaitu Gerakan, MCA atau MIC, akan menggunakan isu ini bagi meraih undi.

Hanya kerana takut hilang undi, maka hudud perlu dikuburkan sedalam-dalamnya.

Cuba kita lihat satu ulasan dari seorang gejuis, yang Islam, mungkin dari melihat hujahnya;


Hai...tak paham bahasa pun susah jugak.Sabaqlah bang haji oii.Bukan tak mau buat. Tunggu biar perintah Malaysia dulu bersama Pakatan Rakyat.Lepas tu bincanglah elok-elok. Jangan buat kecoh tengah nak pilihanraya umum ni. Dengarlah nasihat TG Nik Aziz sama.Kita bukan cerdik sorang saja. Jangan bagi peluru kat UMNO diambang kita dah hampir kePutraJaya. (lihat sini)

Disebabkan inginkan kuasa, maka mereka menganggap, isu hudud ini perlu ditutup dengan kain kapan setutup-tutupnya. Jangan ada seorang manusia pun yang menyebut tentang hudud sebelum PRU 13 ini. Lainlah selepas 'kita' menang PRU 13 nanti. Persoalannya, ya ke lepas menang, baru boleh berbincang tentang hudud?

Inilah perkara yang pelik berlaku didalam senario politik sekarang. Anggapan bahawa hanya 'good governance' yang hanya boleh menyelamatkan Malaysia, tanpa perlu merubah apa-apa isian dalam undang-undang dan perlembagaan Malaysia, sebenarnya adalah satu kesilapan yang besar. Jika PR menang, dan masih menggunakan isian yang ditinggalkan bn, maka jawapannya, bn kedua akan terbentuk selepas itu.

Saya cukup yakin, jika adanya hudud terlaksana di bumi ini, maka hidup seluruh manusia akan lebih aman damai, kerana apa? Kerana hanya dengan perkataan 'hudud' pun manusia sudah takut hingga terkencing, apatah lagi setelah syariat ini dilaksanakan.....

1 ulasan:

TheSniper berkata...

Mintak izin copy bro!