Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Mac 02, 2012

DR DZUL BODOH.

Satunya, hamba tidak mengundi beliau untuk jadi ahli Parlimen. Kerana apa, sebab hamba duduk di Hulu Selangor. Bukan area Kuala Selangor. Keduanya, hamba tidak melantik beliau dalam AJK PAS Pusat, kerana apa? Kerana hamba tidak boleh mengundi masa Muktamar dahulu. Ketiga, hamba tidak bodoh piang yang jadikan dia sebagai Ketua Pegawai Penyelidikan PAS.

Hamba hanya ahli PAS biasa seumur hidup. Hanya sebagai SU Cawangan. Hanya bekerja pergi rumah ke rumah untuk bersemuka dengan pengundi untuk dicula dan diraih. Hanya dipaksa untuk bekerja perihal PACA, dari mencari PACA, isikan borang PACA untuk calon, membuat jadual PACA semasa hari mengundi, menjadi PA, dan CA nya sekali, dan memegang borang keramat 10 untuk dikumpulkan.
PARASIT.

Hamba bukannya ada title doktor. Tiada. Hamba hanya bekerja di kawasan kampung. Jauh hujung di hulu. Hamba kerjanya bukan sebagai pemikir, hamba hanya bekerja di akar rumput. Bahasa jawanya, grass root. Terus direct dari mata ke mata, muka ke muka, pengundi yang akan mengundi. Bukan mengundi hamba, tetapi calon yang bertanding.

Alhamdulillah, hamba berada di Hulu Selangor. Bukan di Kuala Selangor. Jika tidak, memang sakit yang amat untuk kita bekerja bagi memenangkan calon. Hamba ucap, kerja 5-6 kali lebih kuat kepada pekerja-pekerja PAS di Kuala Selangor. Kerana bakal calon Parlimen anda semua, telah buat kerja bodoh.

Dahulu bercerita berkenaan Hudud. Sudah sekali bodoh. Sekarang bercerita tentang manusia tidak percaya Muhammad itu Rasul boleh jadi ketua nombor 2 PAS, ini, sudah 2 kali bodoh.

Apabila seorang manusia telah buat kerja 2 kali bodoh, diulangi, 2 kali bodoh. Maka, adakah wajar untuk beliau dikekalkan sebagai pemimpin yang memimpin PAS untuk masa hadapan? Hendak simpan, atau buang? Hendak dikekal, atau dipeti sejukkan? Tok Guru Presiden. Tolong ambil tindakan.

Hendak kata raih undi, apa kerja bodoh sebut demikian untuk meraih undi? Dr ini sudah lupa atau memang sengaja buat tidak tahu, yang diraih untuk mengundi 80% calon PAS yang bertanding, adalah orang kampung dan Felda. Hendak meraih undi manusia tidak percaya Muhammad itu Rasul, sanggup bercakap dengan ayat yang bodoh?

Namun yang pasti, hamba sudah nampak, pendirian Dr Dzul yang liberal. Bukan hanya pendiriannya yang liberal tentang politik Islam, malah beliau telah bersungguh-sungguh untuk meliberalkan sekali ahli PAS agar menerima pandangannya untuk meliberalkan PAS. Dari konservatif, kepada liberal.

Maka, apakah keperluannya orang seperti beliau perlu kekal didalam jemaah kepimpinan PAS?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang bodoh tu ko la... Dengar penjelasan dia dulu bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat se Hulu Selangor, kita tidak bezakan ahli PAS dan tanggungjawab samada kamu di Hulu atau kuala atau bandar. Kita akan berusaha semampu yg boleh bukan merapu seperti Zul Kulim atau Hasan Akidah. PAS di bentuk kerana membantah ketidakadilan Islam di dalam pentadbiran Malaysia. Kita berjuang buka utk memang tetapi menegakkan kebenaran yg tidak ditegakkan dengan betul oleh UMNO/BN. Hati-hati sebagai pejuang PAS.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang perlu berhati-hati. Dr. Dzul atau blogger?

Tanpa Nama berkata...

Tidak sangka SU Cawangan seperti anda pun boleh terpengaruh seperti blogger2 UMNO dan org kebanyakan apabila mendapat khabar sesuatu isu.. Sepatutnya sebagai org beriman harus kita meneliti dan memahami konteks pemikiran apa yang dilontarkan oleh Dr Zul tersebut tanpa menhukumnya dengan gelaran bodoh dan sebagainya.. Untung PAS mendapat pemimpin seperti Dr Zul dan amatlah rugi mempunyai blogger seperti anda

Juraimi Zainal berkata...

Pelik la hang ni blogger... Baca la dulu full statement... Jgn la emo & jumud sgt

Mazwandi Mustaffa berkata...

Full statement lepas terlepas cakap? Iktikad beliau membuatkan hamba tak wahi beliau menjadi pemimpin PAS.