Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Februari 12, 2012

ZAID NAK BERTANDING, ELOK SGT LE TU.....

Kali terakhir berjumpa dengan beliau adalah semasa di Pekan Rasa, Hulu Selangor. Bersalam dengan beliau didepan kedai runcit. Bagus juga Zaid Ibrahim ini, selepas kalah dalam PRK Hulu Selangor, beliau datang ke pekan hamba untuk bersalam-salam dengan pengundi.

Mula-mula, ingatkan siapa yang datang bersalam-salam dengan orang ramai, rupa-rupanya Zaid Ibrahim. Hamba pun terkaku seketika apabila keluar dari kedai runcit, terpacak Dato Zaid depan hamba. Hamba pun bersalam dan berkata, 'takpe Dato, lain kali ada lagi'.

Beliau tidak kenal hamba, tetapi hamba kenal beliau. Ye lah, siapalah hamba untuk orang besar seperti Zaid Ibrahim hendak mengenali hamba yang hanya seorang manusia yang tinggal di Pekan Rasa. Duduk di hulu, Hulu Selangor.

Orang PAS adalah satu jentera askar, jentera militer, akan mematuhi arahan, walau apapun arahan yang diarah oleh kepimpinan, pasti akan dituruti (jika tidak ada yg melanggar syariat la). Seperti jugalah pada PRK Hulu Selangor dahulu, oleh kerana kepincangan jentera PKR, dimana-mana sekalipun, kecuali disesetangah UPU, terutama ditempat UPU yang cawangan hamba naungi, PAS dipaksa bekerja seperti PAS yang bertanding Parlimen pada PRK.

Jentera PAS cawangan telah mencari dana sendiri, tampal poster, naik bendera PKR, meraih undi, mencula, dan juga menguruskan PACA, semuanya dengan titik peluh sendiri bersama-sama bantuan PAS Wilayah dan PAS Ampang. PKR Selangor, pusat, Cabang, tidak beri apa-apa bantuan pun. Cuma PKR Ranting (yg masih belum lagi didaftar) membantu sedikit, dari segi pemberian poster, sumbangan kepada pengundi dan kewangan.

Tujuan kami satu, ketika itu, memenangkan Zaid Ibrahim mengalahkan 'ustaz' Kamal.

Setelah tewas, kita semua tahu apa cerita selepas itu kepada Zaid Ibrahim. Dan hamba juga yakin, beliau tahu, siapakah musuh, musuh dalam selimut dan rakan sebenar selepas peristiwa-peristiwa yang dilaluinya. Hamba yakin, beliau tahu, jika beliau bertanding, dimana disitu ada cawangan PAS, sudah pasti beliau tidak perlu risau akan kerja-kerja pilihanraya, kerana orang PAS aka bertungkus lumus membantu beliau, jika beliau bersama PR.

Tetapi, hamba juga yakin, beliau tidak tahu, bahawa orang-orang PAS yang bekerja dibawah ini, yang pekerjaannya dalam pilihanraya ialah 'mengotorkan tangannya' bagi mencapai kemenangan calon, sudah loya untuk bekerja memenangkan PKR lagi. Kami sudah 'malas' berkekang mata sehingga ke 4 pagi, membazirkan masa meraih undi dari rumah ke rumah, mengawal selia penipuan SPR ketika menjadi PACA dan memanjat pokok untuk menaikkan bendera PKR.

Bukan takat malas, tetapi benci......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas keputrajaya membawa kedaulatan islam bersama suara pakatan rakyat tidak perlu pemimpin yang ada kedudokkan atau berjenama sebagai calon wakil.kami lebih rela diwakili oleh wakil yang bersekolah atap tapi berjiwa hamba demi rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan tidak meninggalkan amanah atau kepercayaan yang telah rakyat berikan.apa ada pada kekayaan seseorang,bolehkah kekayaanya setelah dilantik menjadi wakil kami merobah taraf kemiskinan kami?.rakyat telah lama kaya dengan pelbagai warna kemiskinan,kekayaan serta jenama seseorang itu tiada apa apa nilai bagi kami.pastimya rakyat tidak sebangang itu untok membiarkan musang berbulu ayam,janganlah kita habiskan air ditelaga arang dibasuh takkan putih.