Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Februari 25, 2012

ISU ISRAEL; MSO BODOH, SAMA BODOH DGN UMNO, MAHATHIR DAN ANWAR.

Hari ini hamba hendak cerita berkenaan Israel. Setelah agak lama tidak menulis blog, hari ini hamba menyibukkan diri depan laptop untuk buat kerja gejuis.

Nanti, ada pula orang kata, "apalah kerja bodoh cerita pasal Israel, ini hanya cerita sampingan, yang utama menang PRU13". Cuba baca disini. Hendak kata bodoh politik, umur sudah tua, tetapi otak tetap kemetot.

Apabila pemikiran sudah dizombikan bahawa isu Palestin adalah hanya isu Palestin, maka betullah, zaman Dajal hendak keluar sudah terlalu dekat. Umat Islam telah berjaya ditarik akal dan minda mereka daripada isu Tanah Haram ketiga.

Mula-mula, hamba hendak tanya pada semua manusia, tidak kiralah dia mengaku Muhammad Itu Rasul atau tidak. Apakah itu Tanah Haram? Ada berapa jenis Tanah Haram di dunia? Apa peri pentingnya Tanah Haram kepada umat Islam?

Mari jawab soalan pertama, apa itu Tanah Haram?

Tanah Haram, walau dinamakan oleh Allah SWT adalah haram, namun ianya adalah tanah yang telah digazetkan oleh Allah SWT adalah satu kawasan yang suci. Sesuci kawasan yang tidak boleh diadakan satu bentuk perkara syirikpun berada di kawasan itu. Oleh kerana Tanah Haram adalah kawasan yang suci dari syirik, maka Allah telah meng undang-undang kan, bahawa orang kafir diHARAMkan masuk menjejak kaki di Tanah Haram itu.

Itu jawapan dari soalan pertama. Untuk soalan kedua pula, ini jawapannya.

Tanah Haram yang ada di muka dunia ini ada 3. Satu di Tanah Haram Mekah. Dua di Tanah Haram Madinah. Dan ketiga, di Tanah Haram Al-Syarif, bumi Baitulmaqdis. Al-Quds. Mekah, hamba yakin, semua manusia tahu dimana tempatnya. Madinah pun, hamba yakin, semua manusia tahu. Tetapi, Haram Al-Syarif ni, rasanya, semua orang tahukah, dimana tempat dia sebenarnya?

Nanti ada yang manusia menjawab, ianya terletak di Palestin. Betulkah? Ianya seperti betul, tetapi tidak tepat. Hamba hendak bertanya, Genting Gaza itu ada didalamnya Tanah Haram Al-Quds tidak. Jawapannya, tiada, malah jauh dari Baitulmaqdis. Malah daerah Golan lebih dekat dengan tanah haram Al-Quds.

Maka, kenapakah umat Islam terikut-ikut dengan NGO-NGO yang tidak mengaku Muhammad itu Rasul untuk bertungkus lumus membantu HANYA rakyat Palestin di Gaza, tidak rakyat Palestin di Baitulmaqdis? Ini cerita lain, nanti kita bergejuis dilain hari untuk tajuk ini.

Dengan ini, terjawablah persoalan yang kedua, maka untuk soalan ketiga, yang berbunyi; Apa peri pentingnya Tanah Haram kepada umat Islam? Jawapannya ialah, Allah telah memberi tanggungjawab kepada setiap individu umat Islam untuk mempastikan bahawa, HANYA orang Islam sahaja yag boleh memasuki Tanah Haram. Orang kafir tidak sekali. Jika ada, maka dosa yang akan ditanggung adalah kepada semua masyarakat Islam di dunia, bukan hanya kepada individu.

Agak-agaknya, jika itulah amanah yang Allah berikan kepada umat Islam untuk menjaga 3 tanah haram ini, maka, adakah isu Palestin dan Israel ini hanya isu sampingan. Sesiapa yang kata ianya hanya isu sampingan, maka hamba akan semburkan kata ini kepada dia, 'Bodoh cap ayam punya manusia'.

Oleh itu, persoalan yang timbul, dari kenyataan cap ayam Anwar yang gilakan sangat jawatan Perdana Menteri, tentang 'sayangnya' beliau dengan keselamatan Israel jika Israel beri jaminan kedaulatan negara Palestin yang dikecilkan, adalah satu kenyataan yang amat 'Islam Liberal'.

Oleh kerana terlalu sesatnya kenyataan itu, maka apakah salahnya PAS melalui Tok Guru Nik Aziz dan Majlis Syura memberi teguran dan kata dua kepada kawan mereka yang telah terbabas kata? Memang tidak salah langsung malah menjadi satu kewajiban kepada PAS untuk memberi kata dua.

Ini tidak, ada 'orang lama' dalam politik, yang dinamakan dirinya sebagai MSO, yang hanya tahu menulis dan mengkritik hal-hal politik dari luar, berkata PAS adalah bodoh untuk menyatakan secara umum tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam soal Israel. Otak kemetot punya MSO. Inilah akibatnya, apabila kebodohan diri telah diselindungi oleh ego, 'akulah yang terpandai dalam selok belok politik'. Malah sebenarnya, beliaulah yang paling bodoh sombong dalam bab-bab selok belok politik, Ibrahim Ali adalah salah satu tugasan bodoh beliau.

Bersambung........

2 ulasan:

AKULAWA berkata...

Alhamdulillah...satu tulisan yang bernas...dan membuka fakta yang jarang dikemukakan...oleh politikus Islam sendiri...

AKULAWA berkata...

Alhamdulillah...satu tulisan yang bernas...dan membuka fakta yang jarang dikemukakan...oleh politikus Islam sendiri...