Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Januari 24, 2012

YDP SHAH ALAM CAP AYAM?

“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan.
“Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu.
Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat. (baca sini untuk artikel penuh)

Ayat di atas di sebut oleh YDP PAS Kawasan Shah Alam. Ayat yang menarik minat hamba adalah ayat yang menyatakan serbuan ke pusat-pusat maksiat adalah bukan tindakan utama dalam sebuah Jabatan agama Islam Selangor. Memang menarik.

Adakah beliau bermaksud, setelah portfolio agama untuk negeri Selangor dipegang PKR, bermaksud tiada lagi serbuan-serbuan keatas tempat-tempat maksiat lagi? Itu hamba harap ianya tidak berlaku. Pendidikan dan tindakan undang-undang perlu dijalankan serentak. Bukan tindakan pendidikan sahaja perlu diutamakan, tetapi juga pengukuhan undang-undang dan juga perlaksanaan.

Apa yang dikatakan oleh presiden perkasa hamba tidak ambil port, kerana beliau memang seorang manusia yang tidak boleh dipakai setiap sebutan yang keluar dari mulutnya. Hamba juga yakin, YDP Shah Alam itu juga tahu perkara demikian. Oleh itu, jangan gunakan nama Ibrahim Ali untuk menjawab persoalan itu. Tetapi jawablah persoalan exco agama diambil alih PKR dari pertanyaan ahli PAS Selangor sendiri.

Beliau menyatakan, kepentingan untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau. Itu adalah matlamat utama PAS. Oleh itu, apakah gerangannya jika inginkan menaikkan institusi masjid dan surau, tetapi exco agama yang bertanggungjawab dengan perkara itu, diberikan kepada PKR?

Menyatakan bahawa Dr Ahmad Yunus adalah orang 'baru' untuk memegang portfolio exco agama menunjukkan wakil rakyat PAS adalah wakil rakyat yang tidak boleh mentadbir, lemah dan tidak cekap? Jika berlaku sama kemenangan kerusi selepas PRU13 nanti, adakah suara yang menyatakan wakil PAS tidak boleh memegang portfolio MB Selangor kerana wakil PAS semuanya 'baru-baru' belaka akan berlaku?

Kan ke senang jika Dr Ahmad Yunus diberikan terus sebagai exco agama, habis cerita. Tiadalah ahli dibawah akan menyoal tindakan pemimpin PAS Selangor, dan tiadalah ruang untuk umno menghentam kromok PAS dan PR. Habis cerita.

Alhamdulillah MB Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, jika Azmin, tidak tahulah hamba. Sekurang-kurangnya, ahli PAS boleh melihat dahulu apakah tindakan dan perbuatan MB didalam perlaksanaan beliau terhadap perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Islam. Hamba harap, apa-apa tindakan dari MB adalah mengutamakan suara umat Islam terlebih dahulu, bukannya mem'percayai' apa yang dikatakan orang bukan Islam, iaitu golongan yang tidak mempercayai Muhammad itu adalah Rasulullah SAW. MB perlu waspada disitu.....

0 ulasan: