MAIN LAYANG-LAYANG TEPI PANTAI.

Sesiapa pernah main layang-layang di tepi pantai?

Hamba baru sahaja tadi dapat menikmati bermain layang-layang di tepi pantai bersama anak-anak. Seni mengawal tali dengan penuh kelembutan adalah segala-galanya untuk mengekalkan layang-layang itu berada di atas 'awan'.

2 hari berturut-turut anak-anak hamba bermain layang-layang di tepi pantai di Terengganu.

Aman, nyaman dan rileks minda.

Cumanya, adalah dua tiga manusia yang cuba bermaksiat di tepi pantai. 'Dating'. Namun alhamdulillah, ada juga perasaan malu pasangan tiada ikatan perkahwinan ini apabila hamba datang bersama anak-anak hamba. Jika mereka terus dengan perlakuan maksiat itu, sudah tentu mereka akan pekena dengan hamba. Kena tazkirah.

Dan tazkirah hamba ini keras sedikit. Sesiapa yang biasa dengan hamba, tahulah hamba ini akan menyembur jika ada perkara yang tidak betul berlaku dihadapan hamba. Tidak kiralah, depan hamba itu orang biasa, orang luar biasa atau pemimpin PAS sekalipun. Jika dia salah, hamba akan menyembur sesembur semburnya.

Tetapi, setelah bermain layang-layang tepi pantai, hamba seperti dapat ilham, bahawa ada cara lain untuk memperbetulkan perkara yang tidak betul dihadapan mata.... ada cara lain......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?