Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Januari 12, 2012

MAHU CERITA SEDIKIT TENTANG HAMBA.

Hari ini kerja. Demam baru kebah. Kerja gitu-gitu sahaja hari ini. Badan masih letih. Makan nasi pun tidak berselera. Masuk petang, badan rasa sedap sedikit. Perut menjadi lapar. Dalam hati, 'apa ya, isteri tersayang masak hari ini?'. Nafsu makan menjawab dengan segera, 'jika sardin, sedap juga ni..'.

Itulah hamba. Jika lapar sesuatu, sardin pun jadi. Jam 6.30 petang baru keluar ofis. Sampai rumah 3 minit kemudian. Ya, 3minit kemudian. Ha, ha,.. jangan dengki sama hamba wahai mereka yang bekerja di KL. Hamba memerlukan masa 3 minit sahaja untuk sampai kembali ke rumah dari pejabat. Sampai rumah, terus ke dapur, angkat tutup periuk, itu dia,.... sardin masak bawang,.. pergh.... membuatkan hamba bertambah cinta kepada isteri.

Memang marbeles petang tadi. Badan baru sihat, selera baru datang, apa yang dihajat, seperti didengar oleh isteri. Memang ada six sense. Hamba bersyukur kepada Allah SWT, mendapat isteri yang mengerti 'selera' suaminya.

Hendak kata isteri hamba tidak pernah berleter, itu tipu namanya, tidak pernah buat hamba sakit hati, itu pun tipu namanya, namun hamba selalu redo dengan apa yang ada. Jika marah pada isteri pun, takat paling lama disimpan 2-3 jam sahaja. Lepas itu, maafkanlah beliau.

Berkat bernikah dengan tidak membuat maksiat sebelum bernikah. Mungkin itu nikmat yang Allah beri. Tidak pernah hamba menyentuh, bersama malah melihat wajah beliau sebelum berkahwin kecuali 1 kali. Iaitu semasa hamba bersama ayah hamba pergi merisik beliau di rumah kakaknya, atas pertolongan ketua Muslimat, tempat hamba aktif dahulu. Itupun tengok muka dia sekali imbas. Itu sahaja. Selepas itu, melihat beliau pada hari pernikahan. Cuba bayangkan, esok hendak nikah, kena tanya orang sekeliling rumah bakal tok tua.

Hamba bernikah umur agak lewat, 29 tahun. Sekarang sudah 7 tahun bersama isteri. Anak ada 3. Merancang yang ke 4. Apa yang bestnya, isteri hamba seorang kuat PAS. Puak Batu enang le katakan. Orang Terengganu memang tahu benar Batu Enam itu. Satu-satunya tempat, yang umno tidak boleh sentuh, kerana hijaunya yang terlalu pekat. Tempat asalnya seperti orang Hulu Selangor, tetapi ditarbiah dengan istiqomah oleh Ustaz Awang, menjadi kawasan hitam umno.

Oleh kerana hamba orang luar, bernikah dengan orang Terengganu, yang dilahirkan pula di Batu Enam, membuatkan hamba mengerti dengan mendalam kekuatan ahli PAS di Terengganu. Mereka tidak sama dengan Kelantan, sebab Kelantan, PAS adalah kerajaan. Tetapi di Terengganu, PAS di sana ada kelainan sedikit. Islamnya lebih kuat sedikit kerana tiap-tiap hari dibelasah umno yang memegang pemerintahan. Ditambah dengan kehadiran Tok Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib, menambhakan lagi grassroot PAS yang cukup fundementalis Islam.

Oleh itu, jika ada orang sebut kenapa mereka yang ada sangkut paut dengan Terengganu ini ada kaitan dengan UG, maka hamba akan gelak segelak-gelaknya kerana kebodohan mereka yang menyebut itu. Malah hamba yakin 100%, maksud UG pun mereka tidak tahu. Hamba hidup di bumi Selangor/KL, berdarah Perak, dan melihat banyak parasit yang datang dari sini membuat hamba musykil, mungkin kerana hamba ada darah kota lama kiri, membuat hamba tidak faham dengan perangai manusia seperti hussein dan rakan2.

0 ulasan: